Thursday, May 27, 2010

Khinzir dan Syaitan

1. Apabila Nabi Isa a.s diturunkan kebumi diakhir zaman maka antara yang dilakukannya ialah memusnahkan salib dan membunuh khinzir. Kenapa perkara tersebut mahu dimusnahkan. Ini kerana unsur salib ini telah banyak merosakkan kehidupan manusia. Lihatlah dimana ada peperangan dan kekacauan disitu ada golongan ini memainkan peranannya samada dinegara umat Islam atan sebaliknya.
2. Begitu juga khinzir akan dimusnahkan oleh Nabi Isa a.s dimana saja ia dijumpai. Kenapa haiwan ini juga dimusnahkan kerana ia banyak merosakkan kehidupan manusia. Contohnya jika najisnya dibuang kesungai maka rosaklah ekosistem sungai tersebut dimana najisnya seperti menyimen dan mengeras dasar dan tepi sungai. Begitu juga banyak sekali produk dari unsur khinzir ini berada dipasaran dari makanan ke kosmetik dan sebagainya.
3. Kenapa pula ALLAH SWT menjadikan haiwan merbahaya seperti khinzir ini. Walau apa pun kita tidak sepatutnya menyoal kehendak ALLAH. ALLAH berhak untuk mencipta apa sahaja yang IA mahu. Antara hikmahnya dijadikan haiwan ini ialah hendak menunjukkan bahawa ALLAH mempunyai kuasa untuk menjadikan segala sesuatu.
4. Jika kita masih lagi mahu bertanya apa faedahnya ALLAH menjadikan khinzir maka cuba pula kita renung pula kenapa ALLAH jadikan syaitan. Sedangkan ia tidak baik untuk manusia dimana jika tanpa syaitan maka kehidupan manusia akan aman damai tanpa persengketaan dan lain-lain sifat yang tidak baik. Tetapi segala sesuatu yang ALLAH jadikan ada perhitungan yang maha bijaksana yang tidak dapat kita fikirkan dengan akal. Lagi pun siapalah kita untuk menyoal ALLAH.

Friday, May 14, 2010

50 Ganda Pahala Bila Datang 4 Perkara

Akan dan telah datang suatu masa dimana 4 perkara banyak diabaikan oleh umat Islam.
1. ZAKAT sudah tidak ditunaikan.
2. NAFKAH samada isteri, anak dan dibawah tanggungan tidak ditunaikan.
3. DUNIA DILEBIHKAN DARI AKHIRAT. Dizaman ini perkara ini telah biasa berlaku disegenap sudut kehidupan. Dimana-mana sahaja topik perbincangan menjurus kepada imbuhan dunia. Jarang diperkatakan untuk perkara kebaikan diakhirat.
4. PENDAPAT. Hanya pendapat dia yang betul dan mesti diterima. Pendapat orang lain semuanya salah.

Jadi jika kita berupaya melakukan amalan diatas sebaik mungkin maka kita diberi pahala 50 kali ganda dari kadar biasa. Ini tawaran dari ALLAH SWT kepada kita seperti diceritakan kepada kita oleh Nabi SAW.

Thursday, May 6, 2010

Rambut dan Bibir

1. Diriwayatkan bahawa Nabi Isa a.s menyatakan bahawa jika kamu semasa sedang berpuasa seboleh-bolehnya minyakkan rambut supaya nampak kemas dan basahkan bibir supaya kelihatan segar. Ini semua dilakukan agar menghindarkan diri dari sifat tidak baik seperti bermegah dan sebagainya. Apa lagi jika kita berpuasa tanpa orang bertanya pun kita memaklumkan bahawa kita sedang berpuasa. Itu jika puasa sunat selain bulan Ramadhan.

2. Tapi jika dibulan ramadhan jika ada orang mengajak kita kearah tidak baik seperti mengajak bergaduh atau ada unsur-unsur menaikkan kemarahan eloklah kita menyata bahawa kita sedang berpuasa.

3. Begitulah anjuran Nabi Isa a.s dalam melakukan ibadat supaya setiap amalan menjadi ikhlas kepada ALLAH SWT semata-mata.