Monday, October 16, 2017

12 PERKARA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA YANG KITA TAHU TAPI KITA TAK PERNAH AMBIL TAHU

BUAT RENUNGAN DAN INGATAN KITA BERSAMA

1. Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat lebih berbanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita masih tidak mampu untuk berjemaah di masjid atau surau.

2. Kita mengetahui, bahawa ucapan "Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, Berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.

3. Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.

4. Kita mengetahui, bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.

5. Kita mengetahui, bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.

6. Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit.

7. Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.

8. Kita mengetahui, bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur'an dalam jadual harian kita.

9. Kita mengetahui, bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga, dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.

10. Kita mengetahui, bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang yang paling banyak solat malam, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang kita terlalu meremehkan solat malam.

11. Kita mengetahui, bahawa hari kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.

12. Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu hanyut dengan senda gurau dan permainan dunia seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya.

Saya telah mengirimkan nasihat ini kepada orang yg saya cintai kerana Allah, maka kirimkanlah nasihat ini kepada orang yang kita cintai.

Thursday, October 12, 2017

Keluarga dan rumah tangga

Perkongsian dari 4 tokoh (Ustaz Ebit Lew, Ustazah Fatima Syarha, Ustaz Pahrol dan Ustaz Hariyanto) di Seminar Keluarga Sunnah di Matrade KL, Sabtu lepas.
🔴 Jaga solat awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
.
🔴 Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis2. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
.
🔴 Wujudkan 3 waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual.Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
.
🔴 Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
.
🔴 Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
.
🔴 Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu-- penyayang dan pengasih.
.
🔴 Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
.
🔴 Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
.
🔴 Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
.
🔴 Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah saw sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
.
🔴 Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada 3: Tempat tinggal, Makanan, Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
.
🔴 Rasulullah saw tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
.
🔴 Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja "kotor" sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati--
"Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata." 😭
.
🔴 Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak--
SABAR.
Betulkan diri sendiri dulu. Kadang2 kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul2 yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
.
🔴 Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
.
🔴 Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.
.
🔴 Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
.
🔴 Rasulullah saw tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
.
🔴 Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
.
🔴 Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
.
🔴 Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
.
🔴 Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
.
🔴 Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
.
🔴 Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
.
🔴 Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
.
🔴 Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
.
🔴 Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
.
🔴 Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah". (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada. 😂) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
.
🔴 Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah saw.
.
🔴 Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.
.
🔴 Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
.
🔴 Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.
.
.
Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat, dan menjemput rahmat Allah ke dalam keluarga kalian.
.
Ini cuma perkongsian.
Bukan nasihat, atau jauh sekali nak tunjuk bagus.
.
Sama-sama kita berlapang dada,
cuba ikut sunnah Rasulullah,
dan perlahan-lahan kayuh kembali kepada Allah.
.
Sementara masih dipinjamkan nyawa ni.
Kan? 😊

.(C&P....for sharing)‎

Wednesday, September 27, 2017

CARA MENGUNDANG REZEKI ALLAH

CARA MENGUNDANG REZEKI ALLAH

+ Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin. Rutin dia lakukan.

+ Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.

+ Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.

+ Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.

+ Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang² yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!

+ Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.

+ Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan.

+ Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.

+ Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.

+ Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.

+ Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.

+ Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.

+ Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.

+ Ada yg mengundang rezeki dengan cara menanam pkok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.

​<b>REZEKIMU BUKAN DATANG DARI BOSSMU ATAU PELANGGANMU, TAPI REZEKIMU DATANG DARI ALLAH S.W T.​</b>

Tapi dari ALLAH swt.

Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah Redhai.

(Dipetik daripada facebook)

Monday, September 18, 2017

Hari ini

​HARI INI​

Jika Hari ini kita
masih lagi boleh berbicara,
Maka bicaralah yang baik-baik.

Jika Hari ini kita masih lagi boleh bergurau senda,
Maka berguraulah dg penuh kasih sayang.

Jika Hari ini kita masih lagi boleh menghirup udara,
Maka banyakkan ibadat jauhi maksiat.

Jika Hari ini kita masih lagi boleh membaca al-Qur'an,
Maka hayatilah makna setiap ayat dg penuh insaf.

Jika Hari ini kita masih lagi boleh solat penuh khusyu',
Maka banyakkanlah doa jangan alpa.

Jika Hari ini kita masih lagi boleh bersama insan tersayang,
Maka penuhilah dengan rasa kebaikan &amp; sentuhan kasih sayang.

Mana tahu esok semuanya tiada lagi..
Mana tahu esok kita pula akan disolatkan..

Mana tahu esok kita pula yang mendengar..
Suara bacaan al-Qur'an penuh tangisan sendu..

Mana tahu esok tempat kita sudah berubah..
Dari Dunia hanyalah pinjaman..
Smua yang fana akan ke alam barzakh.

Semoga hidup kita sentiasa dalam kebaikan &amp; smg kita pergi bertemu ALLAH dalam keadaan husnul khotimah dgn penuh keredhaan-Nya..
Aamiiin.....

Saturday, September 9, 2017

Doa ibu terhadap anak-anaknya

Seorang pakar psikologi yang amat popular di Kuwait pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa seorang ibu jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknya, dan ternyata kesan dari tulisannya  itu  telah mengubah jalan hidup ramai orang. Alhamdulillah.

Isi tulisannya sebagai berikut :

" Aku bersumpah demi Allah.... wahai setiap ibu, agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabari-Nya bahwa engkau redha atas anak-anakmu seredha-redhanya,
dan aku bersumpah demi Allah.... agar Engkau tidak menghijab/menghalangi redha-Nya kepada anak-anakmu. 

Dan aku memintamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepada-Nya bahawa engkau redha atas mereka masing-masing. "

*Begini doanya:* 

*(Ya Allah aku bersaksi kepada-Mu bahawa aku redha kepada anak-anakku...(Sebutkan nama-nama mereka satu persatu)... dengan redha dan sempurna. Maka turunkan Ya Allah keredhaan-Mu kepada mereka demi redhaku kpd mereka.*

Oleh kerana beratnya kehidupan sehari-hari seringkali seorang ibu melupakan doa untuk anak-anaknya, sering juga dia menganggap bahwa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anaknya. 

Padahal, justeru doa seorang ibu itu adalah sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anak di dunia dan akhirat Insya-Allah.

Khas untuk ibu/bapa supaya
Jgn pernah LETIH untuk berdoa..

Monday, August 28, 2017

Suasana

*Hari ini* ramai suami tidak mampu pergi solat dan belajar agama di masjid-masjid. Akibatnya, suami tidak mengajar anak isteri memahami Islam. Maka wujudlah *tiga suasana* di rumah2 di seluruh dunia:

1) Suasana *Pawagam*

TV dan Audio yang besar2.. karaoke2.. video2 games. Anak2 dibesarkan dalam suasana kelalaian.. sehingga rasa terkilan bila terlepas drama di TV...menangis bila tengok drama2... ada juga ibu bapa yang bersyukur bila anak2 terpilih jadi penyanyi buat maksiat di pentas2.

2) Suasana *Hotel*

Rumah yang dihias mewah2 seperti Hotel, berhawa dingin...setiap tahun tukar sofa baharu.. tilam2 mewah.. bilik air mewah..sehingga menjadi tempat rehat yang lebih merehatkan diri daripada berada di rumah Allah.

3) Suasana *Restoran*

Rumah yang dipenuhi dengan makanan seperti restoran...mewah...setiap saat dalam kekenyangan....fikiran hanya fikir makan dan minum sahaja.. fikir untuk penuhkan. perut.. peti ais penuh dengan makanan....aiskrim...dan pembaziran berlaku dengan begitu banyak).

Kita perlu berubah kepada *Kefahaman Agama* agar suasana rumah berubah.

 _Suasana rumah seperti *rumah Baginda SAW dan Sahabat2 di Madinah* tidak wujud lagi.._ iaitu Suasana Rumah seperti Madrasah. 

Hidupkan *suasana bacaan al-Quran dan Hadis*di rumah.  

Hidupkan *suasana dakwah*. Bercakap mengenai kebesaran ALLAH dan suasana Ilmu di rumah. 

Hidupkan *suasana zikir dan solat2 sunat* di rumah.. 

Rumah penuh dengan Nur al-Quran-Hadis.. ALLAH turunkan Rahmat.. Keberkatan.. dan Sakinah ... keluarga hidup bahagia.

Lahirkan anak2  alim-alimah, Hafiz-Hafizah dan Daie- Daieyah yang memperjuangkan Islam di seluruh alam.

Suasana ini yang perlu kita wujudkan di rumah2 kita. Hari ini anak2 kita makan makanan penyihat otak dan penguat ingatan, kismis dan macam2 lagi tapi pencapaian exam tak cemerlang. Belajar tak pandai2.. rupanya bukan salah makanan kesihatan tapi sebenarnya hati anak2 gelap sebab tak dengar Hadis.

Wujudkan amalan bacaan taklim Hadis Nabawi di rumah2 kita. Cari satu masa kumpul keluarga baca Hadis2 Nabi SAW dan baca kisah2 para sahabat dalam kitab Hayatus Sahabah agar isteri dan anak2 kita mengenali kehidupan sahabat2 Nabi SAW, insan2 yang telah berjaya. 

*Barulah ahli keluarga  hidup secara sederhana dan tidak berhajat kepada mewah2 sehingga kadangkala melebihi kemampuan bapa dan suami.* 

Semoga kita semua  berazam untuk hidupkan suasana rumah seperti Madrasah di rumah kita In shaa Allah..

Dari hamba Allah Kaherah Mesir

Wallahu a'lam.

Wednesday, August 23, 2017

The Kingdom of Saudi Arabia declared that Wednesday, 23/8/2017, will be the first day of Dhul- Hijjah.

Dear beloved Brothers and Sisters, are there the best days in this world?

Yes!! The Best Ten days of Dhul Haj are the best ten days in the world. It starts from 23rd August, insha'Allah.

Please plan for those 10 days.

Plan what good deeds you will perform on these days.

If you are not careful, those days will run out and you won't even know. If you fail to plan, then you plan to fail.

It is the best 10 days to do business with Allah [SWT].

Grab as much rewards as possible - by doing good deeds, because any good deed "on these 10 days there is a reward better than fighting in the cause of Allah".

Below are some suggestions of some good deeds.
1. Give love to your parents, if you still have them. Make good provisions for them with a smile on your face. Make them feel special, just as they used to do when you were a kid.

2. Be careful with and dutiful to your parents - one major sin after shirk is being undutiful to parents.

3. Go out of your way to provide for "dabah" e.g. birds and other animals with water and grains.

4. Distrbute water or food to other fasting Muslims in the masjids or in your parish. You can also distribute cold satchet of water to those working under the sun - like laborers.

5. Observe congregational salat (prayer) and try to be in the first row.

6. Make sure that throughout these days you avoid back biting and slandering.

7. Try to fast all 9 days, everyday you fast is like 70 years away from Jahanam. And it will help you stay away from haram things as well.

8. If you cannot make 10 days, then fast at least on the day of Arafah. It wipes 2 years of sins.

9. On the day of Arafah, recite the dua most beloved to Allah: "Laa ilaha ill allahu, wahdahu laa sharikalahu, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa ala kullishaiin qadeer".

10. Give lots of sadaqa within the 10 days.

Read as much Qur'an as possible, and try to catch some of the meaning.

Try www.understandquran.com

If you just want to listen to audio then try www.farhathashmi.com

11. Stay away from music and video songs and all that filth found on the web.

12. Don't waste your time on Facebook posts, etc,, it eats your time like the disease that eats healthy cells in the body.

13. Do da'wa and guide the non-Muslim brothers to the truth.

14. Visit the sick - if you don't know anyone, just visit the hospital, where many are waiting in the hospital wards wishing for someone to just give a smile. And your asking about them will make their day.

15. Do as much adhkar as you can.

Tell someone about this or simply forward this to all you know, as most people don't know about these days or are in ignorance concerning it, or are busy with unimportant things.

Rasul Allah Sallallahu alaihi wasallam said, "these are the best days in our dunya" and, insha'Allah, best days in aakhirah.

I ask Allah to bless those who feel concerned about this message.

The day of Arafa is on Thursday 31/8/2017 and Friday 1/9/2017 is the day of Eid Ul-Adha, Insha'Allah.

May Allah accept our dua', accept our good deeds, forgive our transgressions protect all Islamic countries and ease the suffering of all peoples around the globe, Aamiin!

Monday, August 21, 2017

The Ten days of Dhul Haj

Saudi Arabia declared that Wednesday 23/8/2017 will be the first day of Dhul- Hijjah.
Dear beloved Brothers and Sisters, there are best days in this world?
Yes,
The Ten days of Dhul Haj. They are almost here
💃💃💃
Starting from 23rd August. In Sha Allah.

Pls plan for those 10 days.

Plan what good deeds you will perform on these days?

If you are not conscious those days will run out and you won't even know. If you fail to plan, then you plan to fail.

It is the best 10 days to do business with Allah [SWT].
Grab as much rewards as possible - by doing good deeds, because any good deed "on these 10 have a reward better than fighting in the cause of Allah.

Below are some suggestions of some good deeds.
1. Give love to your parents, if you still have them. Make good provisions for them with a smile on your face. Make them feel special, just as they used to do when you were a kid.

2. Be carefully dutiful to your parents - one major sin after shirk is being undutiful to parents.

3. Go out of your way to provide for "dabah" e.g. birds and other animals with water & grains.

4. Distrbute water or food to other fasting Muslims in the Masjids around. You can also distribute cold satchet water to those working on the Sun - like laborers.

5. Observe congregational Salah (prayer) and try to be in the first row.

6. Make sure that throughout this days you avoid back biting and slandering.

7. Try to fast all 9 days, everyday you fast is like 70 years away from Jahanam. And it will help you stay away from Haram things ad well.

8. If you cannot make 10 days, then Fast at least the day of Arafah.
It wipes 2 years of sins.

9. On the day of Aarafa, recite the dua most beloved to Allah: "Laa ilaha ill allahu, wahdahu laa sharikalahu, lahul mulku walahul hamdu, wahuwa ala kullishaiin qadeer "

10. Give lots of Sadaqa within the 10days.

Read as much Quran as possible, and try to catch some of the meaning.

Try www.understandquran.com

If you just want to listen audio then try www.farhathashmi.com

11. Stay away from Music and video songs and all that filth found on the web.

12. Don't waste your time on face book posts,it eats your time like the disease that eats healthy cells in the body.

13. Do Dawah and guide the Non Muslim brothers to the truth

14. Visit the sick - if you don't know anyone, just visit the hospital, where many are waiting in the hospital wards wishing for someone to just give a smile. And your asking about them will make their day.

15. Do as much adhkar as you can.

Tell someone about this or simply forward this to all you know, as most people don't know about these days or are in ignorance concerning it, or are busy with unimportant things.

Rasool Allah Sallallahu alaihi wasallam said, "these are the best days in our dunya" and, in sha Allah, best days in aakhirah

I ask Allah to bless those who feel concerned about this message.

NOW TO ARAFA
So Arafa day is on Thursday 31/8/2017
and
Friday 1/ 9/2017 is the day of Eid Ul-Adha(ileya) Insha'Allah.

May Allah accept our dua', accept our good deeds, forgive our transgressions, Protect all Islamic Countries and ease the suffering of all peoples around the globe!! Ameen

Buah tembikai

Seorg lelaki soleh pulang ke rumah dgn membawa sebiji tembikai
(ada org pggil timun Cina ) .
Dia membeli buah itu dari sebuah pasar.
Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya: "tawar".
Lalu isterinya terus2an merungut.

Melihat isterinya yg merungut itu,
suami berkata: "Sy membeli tembikai itu dari pasar"

Isteri: "Sy tau"

Suami: "Pada pendpt awk,
Semasa sy membeli tembikai tadi,
Sy nk yg manis atau yg tawar?"

Isteri: " Tentulah yg manis"

Suami:" Ketika penjual sdg menjual tadi,
Agaknya mrk nk menjual yg manis atau yg tawar?"

Isteri: "Tentulah mrk ingin menjual yg manis"

Suami terus lagi bertanya: " Ketika peraih (org tengah) ingin menjual kpd penjual di pasar,
Mrk agaknya ingin menjual yg manis atau yg tawar?"

Isteri: "Mesti yg manis"

Si suami diam sejenak...

Kemudian dia menyambung." Ketika pekebun menanam tembikainya,
Adakah dia mahu tembikai yg tumbuh nanti manis atau tawar?"

Isteri: " Tentu yg manis,
pastinya."

Suami:" Ketika awk membelah buah ini tadi,
awk inginkan yg manis atau yg tawar?"

Isteri: "Mesti sy ingin yg manis.
Knp dgn semua soalan ini?" soal isteri.

Org soleh itu tersenyum pada isterinya.
Lalu dia berkata:

"Ketika semua org inginkan buah yg manis, sebaliknya pula yg berlaku.
Buah tembikai itu tawar rasanya!"

Isteri org soleh itu terdiam.

Mrhkan siapa?

'Jadi ketika awk marah ttg rasa tembikai yg tawar,
Awk sbnrnya mrhkan siapa?
Bknkah semua org inginkan buah yg manis.
Ttp kuasa Allah memutuskan buah itu tawar rasanya,
Jadi awak marahkan siapa?
Marahkan sy yg membeli,
atau penjual yg menjual atau awak yg membelah atau pekebun yg menanam?
Atau Allah yg menentukan rasa tawar?"

Adab ketika makan: Jgnlah kita mengecam,
mengutuk makanan walaupun makanan itu tidak sedap. Kalau kita tak suka, kita tinggalkan shj.

Pengajarannya: Kita perlu fhm bahawa rezeki kita dpt yg manis atau tawar,
sedap atau tidak,
emuanya ditentukan Allah. Jika kita mengecamnya,
ramai org akan terasa hati.
Mgkn emak atau isteri yg memasak terasa hati.
atau mgkn ayah yg membeli terasa hati.
Dan lebih2 lagi tanpa kita sedar,
kita seolah2 "mengecam" Allah yg mengurniakan rezeki itu kpd kita.

Jika kita tidak bersyukur dgn yg sedikit,
mana mgkn kita akan bersyukur dgn yg byk.

"KISAH PEDOMAN "HANYA SEBIJI TEMBIKAI,
KITA MERUNGUT KPD ALLAH TA'ALA""‎

AKHLAK RASULULLAH MUHAMMAD SAW

" AKHLAK RASULULLAH MUHAMMAD SAW " ...

١. Baginda selalu diam.

٢. Berbicara ketika perlu.

٣. Perbicaraannya fasih , ringkas tetapi padat .

٤. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.

٥. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله  swt).

٦. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu'.

٧. Berfikir terus-menerus.

٨. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.

٩. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka , Baginda akan makan. Jika tidak , ditinggalkannya tanpa mencelanya.

١٠ . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.

١١ . Marah bukan kerana nafsu .

١٢ . Apabila kebenaran dipermainkan , Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.

١٣ . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.

١٤ . Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.

١٥ . Tidak pernah berkata kotor , berbuat keji dan melampaui batas.

١٦ . Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.

١٧ . Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada .

١٨ . Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan الله  swt.

١٩ . Apabila menghadapi dua  perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara ma'siat.

٢٠ . Di rumah , Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian , memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.

٢١ . Ketika duduk atau pun berdiri , Baginda selalu berzikir .

٢٢ . Raut wajahnya selalu ceria , perangainya dapat dicontohi dengan mudah , lemah lembut & peramah.

٢٣ . Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar , berteriak-teriak , lebih-lebih lagi mencela orang lain.

٢٤ . Tiga perkara yang dijauhi ; perselisihan , bongkak & segala yang tidak diperlukan.

٢٥ . Tidak pernah mencela & memaki hamun orang lain.

٢٦ . Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.

٢٧ . Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.

٢٨ . Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.

٢٩ . Sesiapa yang melihat  Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.

٣٠ . Sesiapa yang selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.

٣١ . Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk & tidak membezakan dikalangan mereka.

٣٢ . Sesiapa yang meminta sesuatu , pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.

٣٣ . Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih . Baginda adalah ayah bagi mereka semua .

٣٤ . Dimanana pun Baginda berada , disitu terpancar cahaya ilmu , sikap malu & sabar serta amanah .

٣٥ . Tidak ada yang berani meninggikan suara dihadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda .

٣٦ . Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya ; menghormati orang tua , menyayangi yang kecil , mengutamakan orang yang ada hajat , menjaga keperluan & kebajikan orang asing.

٣٧ . Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong ,  Baginda hentikan dahulu ataupun berdiri.

٣٨ . Paling berlapang dada.

٣٩ . Paling tepat dalam berbicara.

٤٠ . Paling halus keperibadiannya.

٤١ . Paling ramah & beradab dalam pergaulan & muamalahnya.

(Dipetik daripada Biografi Lengkap Rasulullah saw ; 
oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki) .

ماشاء الله تبارك الله .
الحقير إلى الله .
| At-Tariq ILallah

Friday, August 18, 2017

Dua Belas 12 dan 3 perkara

Utk pertama kalinya saya mengetahui info ini...
*Subhanallah ...Allahu Akbar...*

*Setiap kita mengetahui :*
Bahwa waktu siang    12 jam
Bahwa waktu malam  12 jam
Bahwa setahun           12 bulan

*Akan tetapi apakah anda tahu :*
- Bahwa huruf :
‎ لا إله إلا الله
*Lailaha ilallah*
Berjumlah 12 huruf.

- Bahwa huruf : 
‎محمد رسول الله
*Muhammad Rasulullah*
Berjumlah 12 huruf

- Dan huruf :
‎ ابو بكر الصديق
*Abu Bakar Shidiq*
12 huruf

- Dan huruf : 
‎عمر ابن الخطاب
*Umar bin Khatab*
12 huruf

- Dan huruf :
‎ عثمان ابن عفان
*Usman bin Afan*
12 huruf

- Dan huruf : 
‎علي*
‎ بن ابي طا لب
*Ali bin Abithalib*
12 huruf

*SubhanAllah Robbil 'alamin.*
*Allahumma sholli 'alaa nabiyyina Muhammad*
*Wa 'ala alihi wa sohbihi ajma'in.*

- Info terbaru yg pantas untuk *DIRENUNGI...*
🎁 Hadiah hari ini.

_ Aku tidak menghadiahkan kepada anda Matahari dan Bulan krn keduanya akan hilang (dengan peregantian Siang dan Malam)..

_ Aku tidak menghadiahkan kpd anda lilin dan Es, karena keduanya akan meleleh.

_ Aku tidak menghadiahkan kpd anda Bunga dan Mawar karena keduanya akan layu.

_Namun aku menghadiahkan untuk kalian :
‎   سبحان الله    *Subhanallah*
‎   والحمدلله       *Walhamdulillah*
‎   ولا إله إلا الله  *Wa lailaha ilallah*
‎    والله أكبر      *Wallahu Akbar*


Karena hadiah itu kekal utk anda di timbangan (Akhirat)

_Aku memohon kepada Allah yg Maha Agung utk diriku dan anda:

*Agar menjauhkan*dari anda 3 perkara :*
*Kefakiran*
*Kesempitan*
*Kegalauan*

*Dan menjaga untuk anda 3 perkara :*
*Dirimu*
*Keluargamu dan*
*Agamamu*

*Dan membahagiakanmu dengan 3 perkara :*
*Luasnya Rizki*
*Syukur Ni'mat*
*Panjang Umur...*

*Dan memalingkanmu dari 3 perkara :*
*Neraka Jahannam*
*Mata yang Dengki*
*Bara Kebencian*

*Dan membantumu atas 3 perkara Mengingat-Nya :*
*Mensyukuri-Nya*
*Ibadah kpd-Nya*
*Aamiin*

*Semoga Allah membahagiakan waktu2mu dengan segala kebaikan.*

*Pernahkah Anda mendengar Vitamin* (ص) 💊?
Itu adalah :
- *Shoum*
- *Sholat*
- *Shodaqoh*
- *Shobar*
- *Shilaturrahim*
- *Shiddiq*
- *Shahabat Sholih/ah*

Itu merupakan *VITAMIN* terpenting yang memberikan *GIZI bagi RUH kita.*

_Obat yg menjadikan kehidupan tidak akan pernah Cemas/Gelisah.
komposisi :

‎لا إله إلا انت سبحانك إني كنت من الظالمين
*Laa Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minadzolimin*

Cara pemakaiannya :
Lebih baik dibaca dalam keadaan anda Sujud.
(dalil Qur'an dgn membaca kalimat tsb ) :
Maka kami perkenankan baginya dan kami selamatkan dia dari kegelisahan dan begitulah kami menolong orang2 beriman.
( Qs Al anbiya' 88 )

Suplemen pada Obat : 📝
Obat ini memiliki Suplemen yg menyebabkan ketenangan bagi jiwa anda...
Rileks dan mengusir Rasa takut, Sedih, Depresi,dan menolak Kanker Dosa dan Tumor Maksiat beserta Buruknya Akhlaq.

Lama pengobatan :
Seumur Hidup

‎لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
*Laa Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minadzolimin*

Catatan penting :
Jangan tinggalkan *OBAT* ini hanya di HP anda saja...
Bagikan secara cuma2..
Sebarkan sebagai ladang ibadah kita
Aamiin ...
🙏🙏

Tuesday, August 8, 2017

5 Makhluk Yang Tidak Dilahirkan Dari Ibu

Adalah normal satu proses kelahiran..kewujudan makhluk dari sesuatu yang bergelar ibu. Manusia mempunyai ibu...Haiwan mempunyai ibu...Namun apabila kita mendengar ada makhluk yang dilahirkan tidak daripada ibu..kita seperti tidak percaya....namun...ini adalah kisah benar...

Ini dia 5 makhluk yang dilahirkan tanpa ibu...

📌1 . Nabi Adam : Diciptakan oleh Allah daripada tanah yang berwarna  putih, hitam, kuning, coklat, dan merah. Tanah-tanah ini datang dari :
Tanah tapak Baitul MaqdisTanah Bukit TursinaTanah IraqTanah AdenTanah Al-KautsarTanah tapak BaitullahTanah ParisTanah KhurasanTanah(Babylon)Tanah IndiaTanah SyurgaTanah Tha'if     (cerita lanjut klik sini)

📌2. Siti Hawa : Siti hawa telah dijadikan oleh Allah dari tulang rusuk kiri Nabi Adam ketika berada di dalam Syurga.


📌3. Ular Tongkat Nabi Musa : Ular yang sangat berbisa yang bertukar dari tongkat Nabi Musa, yang memakan kesemua ular-ular ahli sihir Firaun.


📌4. Unta Nabi Salleh : Kaum Tsamud meminta Nabi Musa menunjukkan mukjizatnya bagi membuktikan kenabiannya. Maka dengan izin Allah, terbelahlah batu karang di sisi sebuah bukit dan keluarlah seekor unta betina.


📌5. Kambing biri-biri Nabi Ibrahim/Nabi Musa : Nabi Ibrahin telah diperintahkan untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail. Ketika Nabi Ibrahim sedang menarik mata pisaunya, dalam sekelip mata Nabi Ismail telah digantikan dengan kambing biri-biri oleh Malaikat Jibril atas perintah Allah. Aktiviti korban yang unat Islam raikan adalah bersempena dengan kejadian ini.


Ini bukan kisah dongengan...semuanya dikisahkan di dalam Al-Quran....renung-renungkan...

Monday, August 7, 2017

Poket Kosong

*Poket Kosong*
Peringatan dari seseorang
إحذروا *الكيس المثقوب*

*Hati-hati dengan poket yang kosong*

" تتوضأ أحسن وضوء " لكــن. .. تسرف في الماء' *كيس مثقْوب*
Engkau telah berwuduk dengan sebaik2 wuduk akan tetapi engkau membazir menguna air, (itu sama dengan) *poket kosong*

" تتصدق عَلى الفقراء بمبلغ ثم .. تذلهم وتضايقهم *كيس مثقْوب.*
Engkau bersedekah kepada fakir miskin kemudian, engkau menghina dan menyulitkan mereka, (itu seperti)
 *poket kosong*

تقوم الليل وتصوم النهار وتطيع ربك" لكــن. .. قاطع الرحم *كيس مثقْوب*
Engkau solat malam hari, puasa di siang hari, dan mentaati tuhanmu, tapi engkau memutuskan (tali) silaturrahm, (jelas itu adalah) *poket kosong*

تصوم وتصبر عَلى الجوع و العطش" لكـن .. تسب وتشتم وتلعن *كيس مثقْوب*
Engkau sabar dengan haus dan lapar,  tapi engkau menghina dan mencaci, (sama dengan) *poket kosong*

" *تلبسين الطرحه والعباية فوق الملابس* "لكـن .. العطر فواح *كيس مثقْوب*
Engkau memakai baju kurung dan berjubah, tapi minyak Wangi menyengat, (itu) *poket kosong*

تكرم ضيفك وتحسن إليه لكـن .. بعد خروجه تغتابه وتخرج مساوئه *كيس مثقْوب*
Engkau memuliakan tamumu dan berbuat baik kepadanya, tapi setelah dia pergi engkau mengumpatnya, (sungguh itu *poket kosong*

أخيرا ً لا تجمعوا حسناتكم في كيس مثقْوب . تجمعوها بصعوبة من جهة .. ثم تسقط بسهولة من جهه أخرى..
*يا رب اسألك لي ولأحبتي الهداية والغفران* .
Pada akhirnya *kamu hanya mengumpulkan kebaikanmu dalam poket kosong,*kamu mengumpulkan dengan susah payah kemudian kamu membazirkannya dengan mudah pula.
Ya Rabb, kami mohon Hidayah dan keampunan atas kami dan orang-orang yang kami cintai.

*عجائب الشعب العربي* :
*_Keganjilan-keganjilan orang-orang Arab (secara khusus dan kaum muslimin umumnya)_*

1- لايستطيع السفر للحج لأن تكلفة الحج مرتفعه .. لكن يستطيع السفر رغبةً في تغيير الجو !
 *ألا إن سلعة الله غالية*
1. Tidak mampu menunaikan Haji kerana konon belanjanya besar, tetapi sanggup pergi melancung menggantinya, *bukankah perdagangan Allah itu mahal*

2- لايستطيع شراء الأضحية لغلاء السعر لكن يستطيع شراء آيفون لمواكبة الموضة.
 *ألا إن سلعة اللَّـه غالية*
2. Tidak sanggup membeli haiwan qurban kerana harganya mahal, tapi sanggup dan mampu membeli iPhone untuk mengganti model yang ada. *bukankah perdagangan Allah itu mahal*

3- يستطيع قراءة محادثات تصل إلى ١٠٠ محادثه في اليوم ..
ولا يستطيع قراءة ١٠ آيات من القرآن بحجة ليس لديه وقت لقراءة القرآن
*ألا إن سلعة الله غالية*
Sanggup membaca beratus-ratus mesej _(whatsapp, fb dll)_ setiap hari,  namun tidak sanggup membaca 10 ayat Al-Quran  dengan alasan tiada waktu yang cukup untuk membaca... *bukankah perdagangan Allah itu mahal*

قليل من سيرسلها لأنه يشعر بالحرج .
Sedikit yang mau menyebarkannya kerana merasa berat dan tak guna.

*تخيل ان الله يراك وانت تنشرها لاجله*.
*Benamkan di fikiranmu bahwa Allah selalu melihatmu. Dan engkau menyebarkannya kedanaNya.*

 اذا اعجبتك الفكرة ..  فانشرها .
وإذا لم تعجبك .. فمر كأنك لم ترى شيئا.
Jika engkau terpanggil sebab tulisan ini maka sebarkanlah.. Namun jika tidak maka anggap engkau tidak pernah melihatnya..

*يارب من يرسلها ترزقه من حيث لايحتسب*

*Ya Robb siapa yang mau berkongsi tulisan ini berilah rezki dari arah yang tidak disangka-sangka.*
😎😎😎

Kematian

Telah meninggal dunia beberapa minggu yg lalu seseorang.

Saat hampir dgn kematiannya ia menulis perkongsiannya ini di dalam buku hariannya : 

"Bila kematianku tiba aku tidak bimbang dan cemas tentang jasadku yang kaku...
Kaum muslimin pastilah akan menunaikan apa apa yang sudah seharusnya mereka kerjakan... Melepaskan seluruh pakaianku... memandikanku... mengkafankanku mengeluarkanku dari rumahku... membawaku ke rumahku yang baru ( kuburku )...orang ramai akan datang menghantarku kesana...di antara mereka bahkan ada yang membatalkan aktiviti harian mereka hari itu demi pengkebumianku ini...

Seluruh milikku tidak ada satu pun yang aku bawa... kunci2ku  kitab2ku... bag2ku kasut2ku... baju2ku... dan semua yang lainnya...keluargaku kata sepakat untuk   menyedekahkannya agar bermanfaat bagiku...

Yakinlah... dunia tidak akan bersedih karena kematianku... alam semesta tetap akan berputar seperti biasanya... akan berlanjutan seterusnya... Pekerjaanku akan di gantikan oleh orang lain.. Harta bendaku akan menjadi warisan... Sedangkan di alam kubur semua menjadi perhitungan dan tanggung jawabku... yang banyak ataupun sedikit... bahkan yang kecil yang tak berharga sekalipun...tetap di hitung.

Hal pertama yang akan hilang seketika aku mati adalah nama yang dengannya aku dipanggil di dunia ini... sejurus aku mati mereka memanggilku dengan sebutan JASAD...waktu solat mereka menyebutku JENAZAH...ketika menguburku mereka menyebutku MAYYIT. Jelas sekali kala itu... bahwa nasabku... sukuku... status sosialku dan ketenaranku tidak berarti apa apa lagi. Sama sekali tidak layak di AGUNG AGUNG kan...

Alangkah kecil nya dunia ini dan alangkah bodohnya kita yang selama ini menganggapnya penting / besar... 
Untuk kamu yang masih hidup...
Kesedihan kamu atasku dapat di bagi 3 golongan... 

1. Orang2 yang hanya mengenalku biasa biasa saja akan mengasihaniku sesaat.

2. Rakan rakan akrab akan bersedih dan merasa kehilangan selama beberapa minggu...setelahnya mereka akan kembali pada kehidupannya semula.

3. Keluarga / ahlul bait... akan bersedih berbulan2... mungkin setahun... setelahnya aku pun akan tinggal sebagai kenangan...

Berakhirlah kisahku di antara manusia...

Bermulalah kisah hidup ku di ALAM AKHIRAT. Telah hilang dariku kecantikanku... hartaku...keluargaku... semuanya... inilah hidup yang sesungguhnya... 

Apakah yang sudah engkau persiapkan sebagai bekal akhiratmu hari ini ?? Anda yang masih hidup ini perhatikan lah... amalan2 wajib mu... sunnah2 mu... sedekah rahsiamu...amal solehmu...mudah2 an diakhirat engkau selamat... 

Bila engkau membantuku menyampaikan pesan2 ku ini sebagai peringatan sesama manusia... 
Insya Allah akan engkau temukan pahala di dalam timbangan amalmu kelak di akhirat .. (وذكّر فإن الذكرى تنفعُ المؤمنين)

C&P

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Saturday, June 3, 2017

Percuma dan berbayar

Ada seorang yang membuka bisnes ZOO HAIWAN

Di pintu masuknya, dia menulis RM10.00/orang tp tdk ada seorangpun yg masuk.....

Kerana beberapa lama  tidak ada pengunjung,  maka harga tiket pun ia  turunkan menjadi RM7.00.. dan tetap tidak seorangpun yg mau masuk....

Disebabkan masih tidak tidak ada juga pengunjung, akhirnya ia turunkan menjadi RM3.00 dan tetap tidak ada pengunjung yang mahu masuk!!

Akhirnya ditulislah pengumuman:
*"MASUK PERCUMA"* 
Kemudian ramai org yang berebut2 masuk. 

Ketika pengunjung di dalam telah penuh, sipemilik ini memutuskan utk membuka semua pintu kandang binatang buas..Singa..., Harimau..., Serigala..., Ular.... & pintu keluarnya sudah dikunci !

Di pintu KELUAR di tulis:
 *"Keluar Bayar RM100.00!!!"*

Ramai orang berebut membayarnya... 

Inilah ironi kehidupan.... Ketika ditawarkan untuk hidup sihat, banyak berpuasa, banyak minum air masak, banyak bersukan, makan makanan yg menyihatkan, jaga rehat dan tidur secukupnya..tidak ramai org yg mau mendengarnya..

Tapi kalau sudah masuk HOSPITAL, berapapun mahalnya bil HOSPITAL,   kita pasti akan berusaha membayarnya utk kembali sembuh, sekalipun harus jual aset atau berhutang dan cari sumbangan. 

Sihat lebih baik daripada sembuh..kerana sihat itu murah..

Begitu juga spt bab sedekah..masa hidup RM50-RM100 tu tersangat berat nak keluarkan..tp bila dah berada d alam barzakh..agaknya jika diberi kesempatan hidup semula, infak RM beribu2 pun dah tak kisah..

Khas utk renungan dan ingatan pada diri sendiri..

Thursday, June 1, 2017

Kisah Rasyid dan pahala amalan berganda

*Cerita pasal Rasyid...jadilah macam Rasyid...*

"Saya ada RM 1, awak ada RM 1. Kalau  kita tukar suka sama suka RM 1 itu, kita masih lagi ada RM 1 masing-masing..

Tapi, kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu, kemudian kita betukar-tukar ilmu itu, masing-masing akan ada 2 ilmu.." kata Rasyid. *Rasyid memang bijak !*

👍👍👍👍

Rasyid selalu baca Quran dan terjemahnya sekali. Kalau sibuk sgt pon, dia akan baca plg kurang 1 ayat, dan terjemahnya kasi faham. Kenapa? Sbb *belajar 1 ayat Ayat Quran lebih baik dari Solat Sunat 100 Rakaat*. MasyaAllah pintarnya Rasyid ni !!

(Rujukan HR Ibnu Majah No.215)

👍👍👍👍

Rasyid nak solat banyak2 sepanjang malam. Tapi dia tak mampu, sbb dia hobi tidur. Tapi Rasyid Solat Subuh berjemaah di Masjid setiap hari. Kenapa? Sebab dia tahu Solat Subuh berjemaah di Masjid, *pahalanya seperti Solat Seluruh Malam*. Rasyid memang bijaksana!

(Rujukan HR Muslim)

👍👍👍👍

Rasyid nak baca Quran. Tapi dia penat kerja, dan baca Quran pon merangkak2. Tapi Rasyid banyak2 baca surah Al-Ikhlas (Qulhuwallahu Ahad), setiap hari 15x paling kurang (3x lepas habis setiap Solat Fardhu). Kenapa? Sbb dia tahu *baca Surah Al Ikhlas 3x pahalanya sama seperti Khatam Quran 1x*. Rasyid memang smart!

👍👍👍👍

Rasyid tgh drive ke Bank, jem sungguh! *Mulutnya kumat-kamit*. Sampai Bank, org ramai sgt, sambil menunggu, *mulutnya kumat-kamit lg*. Rasyid tgk org2 lain semua diam sambil termenung. Seorang laki bertanya, tgh maki ke? Rasyid kata, *"Tidakkk, saya sedang beristighfar, zikir dan selawat, lebih baik drpd sy duduk termenung jew..Pahalanya AMAT BERAT, tp TAK PENAT pun..."* Org tu terbeliak, kerana sangkaan buruk sangkanya meleset. *Rasyid tersenyum kerana telah bjaya menyampaikan ilmu berguna kpdnya*

👍👍👍👍

Rasyid membaiki pendingin hawa masjid kemudian dia tolak upah yg diberi dan berkata: mak saya berpesan supya tidak ambil upah kerja utk masjid. Setiap kali org guna Masjid utk beribadah, kita dpt pahala.
Org2 kagum dgn mak dia dan saya kagum dgn kebaikannya. *Rasyid ni memang cerdiklah orangnya!!*

👍👍👍👍

Seorg org yg soleh bertanya kepada Rasyid, mengapa pergi ke masjid sblum azan.  Rasyid selamba jawab: azan utk pringatan kpd org2 yg lalai/lagho/ralik. Dan saya berharap tak tergolong dlm klgn mereka!! ( kita mohon dgn Allah akn kesejahteraan, keselamatn dunia akhirat).Org Soleh tu naik insaf! *Rasyid lebih pandai daripada org tu!*

👍👍👍👍

Aku tanya Rasyid knapa kamu sentiasa tamak minum air di masjid pada hal air tu di rumah kamu pun ada?!!
Rasyid jwb: supaya org yg letak air di masjid diberi ganjaran. Aku terkedu.... *Rasyid bijakkan?*😬

👍👍👍👍

Rasyid berbuka di Masjid. Kenapa? Kedekut ke Rasyid? Tidak, dia nak bantu sponsor utk dpt *Pahala Rasyid PERCUMA*, dan terus Solat Jemaah di Masjid dpt 27x darjat. Duit pon jimat. *Rasyid is sooo brilliant!!*

👍👍👍👍

Lepas berbuka di Masjid tu, Rasyid terus basuh tgn dan dalam koceknya dia keluarkan RM1. Dia masukkan dalam Peti Masjid. "Alaaa, RM1 jewww!" Kata sorg budak... Rasyid kata, "takpe la dek, abg bukan kaya sgt, tp kalau bole istiqamah dan berterusan, setiap hari buat macam ni. Buatnya malam ni Malam Lailatulqadar, *nilai RM1 tu sama macam RM21 juta!!* Budak tu terkejut dan tanya kenapa? Rasyid bawa keluar pen Kilometriko (iklan percuma) dan kertas, dan tulis:

RM1 x 700 ganjaran sedekah x 1,000 bulan x 30 hari 
=RM21,000,000 

*Budak tu terus cium tgn Rasyid, sbb kagum Rasyid bukan aja pandai Agama, malah pandai Add Math!!*

👍👍👍👍

Rasyid tahu betapa besarnya pahala sedekah, kerana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." - (surah Al Munafiqun:10), bermakna org yg dah mati kalau dihidupkan balik utk buat 1 amalan saja, dia akan pilih *sedekah kerana sedekah pahala amalannya boleh membiak*.

👍👍👍👍

Rasyid nak nap sekejap, sbb letih. Dia nap di Masjid. Dan dia niat iktikaf sebaik sahaja masuk Masjid. Kenapa? Sbb dapat pahala iktikaf walaupun tidur. *Rasyid is clever as always!*

👍👍👍👍

Rasyid hormat ibu bapanya. Kalau ada apa2 yg dia tak sehati dgn ibunya, dia akan berbincang secara baik. Dia takkan meninggikan suara, atau cakap "Aaahh" kat Maknya, kerana itu derhaka namanya. *Rasyid tahu derhaka kpd ibu bapa takkan bau syurga dan tidak akan dpt keberkatan Ramadhan!*

👍👍👍👍

Rasyid kata, "Bilamana sampai  kpd kamu gosip2 ttg sseorg drpd mereka maka biarlah gosip tu terhenti stakat kamu shj. Dan kalau betul terjadi berita tu berhenti stakat kamu shj, brmakna kmu telah dpt pahala tutup aib org. Barangsiapa yg tutup aib mana2 muslim, Allah akn tutup juga aib dia." *Alhamdulillah, Rasyid sungguh berilmu*

👍👍👍👍

3 doa yg Rasyid sure ingt utk dibaca semasa sujud2:-
1. Ya Allah, aku mohon dgn-Mu pengakhiran yg baik. 
2. Ya Allah, kurnialah kpd aku taubat nasuha sblum aku mati. 
3. Wahai Allah yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu. 
(Tnpa sbrang pengkhususan).
*Rasyid selalu berdoa, ikutlah Rasyid!*

👍👍👍👍

Sehinggakan bila kamu berniat utk sebarkan ucapan ini, meniatkn shj tu pun dh dikira sbg kbaikan. Moga2 dengannya Allah melepaskan kesusahan drpd kesusahan2 di dunia dan akhirat.

*Peringatan*: Buatlah baik walau sekecil-kecilnya...sbb kdg2 kita *tak tahu besar mana pahalanya*. Jom ikut kehebatan Rasyid

Sunday, April 2, 2017

Bangga, sangka dan kertas

Ada orang bangga dengan pasangannya...
akhirnya pasangannya itu CURANG padanya.
+
Ada orang bangga dengan anaknya...
akhirnya Allah ambil nyawa anaknya. Tinggal semua di dunia.
+
Ada orang bangga dengan hartanya...
akhirnya DISAMUN, DIRAGUT, DIROMPAK.
+
Ada orang bangga dengan jawatannya...
akhirnya dia diberhentikan kerja. Jadi penganggur.
+
Ada orang bangga dengan kecantikkannya...
akhirnya kena STROK. Hilang kecantikkannya.
+
Ada orang bangga dengan ketampanannya...
akhirnya dia mengalami kemalangan. Pecah mukanya. Putus kakinya. CACAT semua.
+
Ada orang bangga dengan pimpinannya...
akhirnya dia angkuh dan gila kuasa. Tak sedar BERPECAH-BELAH.
+
Ada orang bangga dengan ilmunya...
akhirnya dia menjadi JAHIL kerana tidak mengamalkan ilmunya itu.
+
Siapa kita untuk berbangga dengan apa yang kita ada di atas dunia? Semua itu Allah bagi pinjam sementara. Tak perlu nak bangga dengan apa yang kita ada. Sedangkan pengakhirannya kita tak tahu akan jadi apa..
Manusia hari ini suka sangka-sangka
+
Ada sangka baik..
+
Ada sangka buruk..
+
..Orang beribadah disangka riak
+
.. Orang rileks disangka malas
+
.. Orang berpakaian baru disangka menunjuk
+
.. Orang berpakaian buruk disangka hina
+
.. Orang makan banyak disangka pelahap
+
.. Orang makan sedikit disangka diet
+
.. Orang yang senyum disangka mengejek
+
.. Orang yang masam disangka merajuk
+
..Orang berbincang disangka mengumpat
+
..Orang yang diam disangka menyendiri
+
.. Orang yang menawan disangka menggoda
+
.. Orang yang ceria disangka mengada
+
..Orang yang bertanya disangka menyibuk
+
Hakikatnya...
+
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
+
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
+
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat
+
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah
+
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya
+
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya
+
Mana tahu yang bertanya itu prihatin orangnya
+
Dari itu maka...
+
Sesuatu perkara yang kita lihat..
+
Jangan suka sangka-sangka
+
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa
+
Kerap sangka-sangka mengundang celaka
+
Jangan terlalu bersangka-sangka
+
Jauhi sikap bersangka-sangka
+
A llah
B eri kita hidup
C uma seketika
D i dunia ini...
E lok kita muhasabah
F ikir akan akhir hayat
G erbang akhirat pun
H ampir tiba
I nilah hakikat hidup
J anji Allah itu pasti
O rang muda atau tua
P asti merasai mati
Q ualiti Iman
T api..jika gagal..
U ntuk mereka adalah neraka
V isi kita adalah akhirat
W alaupun dunia dpn kita
Y ang pasti semua akan tinggal...
Z alimnya kita jika tak ada Iman dn Amal...
+
PLEASE jgn simpan utk diri sndiri tp share kan kpd other ..
K E R T A S YG
T A K S E M P A T
D I B A C A

Kehidupan ini adalah
seperti kertas..,
dilipat ..,
simpan .., koyak dan kemudian dibuang ...

Dunia semuanya
Seperti kertas...
Ramai yang bersedih..,
Bangga..,
Malu☺ dan
Gembira..
Kerana KERTASNYA...

Kerana kertas..
manusia dipuji..,
Kerana kertas..
manusia dipuja ..,
Kerana kertas..,
manusia dihina..,

Kerana kertas..
manusia terpisah .....
Kerana kertas..
manusia berkuasa ....
Kerana kertas..
manusia merana ...

Sijil Kelahiran - Kertas..
Sijil Penghargaan - Kertas..
Sijil Kelulusan - Kertas..
Sijil PerKahwinan - Kertas..
Ijazah - Kertas..
Buku akaun - Kertas..
Saman - Kertas..
Tesis - Kertas..
Passport - Kertas..
Sijil perubatan - Kertas..
Jemputan kawin - Kertas..
Duit - Kertas..

Hanya satu kertas..
yang DIMILIKI seseorang
tetapi TIDAK DAPAT ‎
DILIHATNYA sendiri...

Sijil MATInya....
Take time to read...

Monday, March 13, 2017

99 SANTAPAN JIWA

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;

02. Sabar apabila mendapat kesulitan;

03. Tawakal apabila mempunyai rencana/ rancangan;

04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;

05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

08. Jangan iri hati dengan kekayaan orang;

09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;

10. Jangan sombong jika memperoleh kejayaan;

11. Jangan tamak kepada harta;

12. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan;

13. Jangan hancur kerana kezaliman;

14. Jangan goyah kerana fitnah;

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;

17. Jangan sakiti ayah dan ibu;

18. Jangan usir orang yang meminta-minta;

19. Jangan sakiti anak yatim;

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;

24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjemaah di masjid;

25. Biasakan solat malam;

26. Perbanyak zikir dan do'a kepada Allah;

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;

28. Sayangi dan santuni fakir miskin;

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

30. Jangan marah berlebih-lebihan;

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;

33. Berlatihlah untuk banyak berfikir;

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;

36. Jangan percaya ramalan manusia;

37. Jangan terlampau takut miskin;

38. Hormatilah setiap orang;

39. Jangan terlampau takut kepada manusia;

40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;

41. Berlakulah adil dalam segala urusan;

42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

45. Perbanyakkan silaturrahim;

46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

47. Bicaralah secukupnya;

48. Beristeri/bersuami jikalau cukup syaratnya;

49. Hargai waktu, aturkan waktu dan manfaatkan waktu;

50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;

52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;

53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;

54. Hormatilah kepada guru dan ulama;

55. Selalulah berselawat kepada nabi;

56. Cintai keluarga Nabi saw;

57. Jangan terlalu banyak hutang;

58. Jangan terlampau mudah berjanji;

59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;

60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna;

61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;

62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;

63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;

64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;

66. Jangan membenci seseorang kerana pahaman dan pendiriannya;

67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan

69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapat kesulitan.

70. Jangan melukai hati orang lain;

71. Jangan membiasakan berkata dusta;

72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;

73. Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab;

74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;

75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita

76. Jangan membuka aib orang lain;

77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita;

78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;

79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;

80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;

81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;

82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;

83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;

85. Hargai kejayaan dan pemberian orang;

86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;

87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.

88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kemampuan diri kita;

89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau fikiran kita menjadi terganggu;

90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;

91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;

92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;

93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang bersangkutan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;

94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajipan;

95. Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat)dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;

96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;

97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;

99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.‎

Monday, March 6, 2017

Berita Kematian AU5D/10

Assalammualikum,
Inalilahiwainahirajiun, dukacita dimaklumkan Norhapipah Binti Abdul Rahim(Au5d/10) telah kembali kerahmatullah pagi tadi.Jenazah akan dimandi dan dikapankan di Masjid As Sobirin.Solat jenazah dan kebumi selepas solat Zohor hari ini. Insya Allah.

Monday, February 27, 2017

Petua Murah Rezeki

​Petua Murah Rezeki​

✅ 1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah utk kucing2 yg datang..
....................................
✅ 2. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk di sumbangkan kepada anak yatim &amp; orang miskin.
....................................
✅ 3. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet utk diberikan kepada yg memerlukan.
....................................
✅ 4. Letakkanlah di bilikmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu &amp; sedekahkan wang tersebut.
....................................
✅ 5. Jika kamu hadir dalam acara keramaian (keluarga &amp; kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kepada orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dan lain2).
....................................
✅ 6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
..................................
✅ 7. Belilah mushaf (al quran) letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.
..................................
✅ 8. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
....................................
✅ 9. Lemparkanlah senyuman kepada orang yg kamu temui, berilah salam kepada orang yg duduk &amp; bertuturlah dengan ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.
....................................
✅ 10. Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yg telah berbuat jahat kpdmu dari menghinamu, menyebarkan fitnah &amp; menzalimimu.
....................................
✅ 11. Setkan pada handphone kamu, penggera peringatan pada masa masa tertentu untuk anda baca surah Al-Fatihah @ Al-Ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia...
....................................
✅ 12. Kirimkan mesej ini ke semua kenalan. Siapa tahu ada yg mahu mengamalkan. Moga kita pun akan diberi pahala kerananya.

Selamat bersedekah..
Semoga kita dilimpahkan rezeki..Aamiin..

Mengapa beri sisa kepada Allah?

Renungan

Mengapa beri sisa kepada Allah?

Kadang-kadang dalam kesibukan kita hanya memberikan sisa-sisa masa, tenaga dan keinginan kita sahaja kepada Allah SWT. Bukan yang berkualiti kita persembahkan kepada-Nya. Kita siapkan tugasan kita dahulu, kita tengok tv dahulu, kita habiskan perbincangan dahulu, mesyuarat dahulu. Kita anggap itu amat penting. Selepas itu barulah kita nak solat.
Dalam masa yang tersisa itupun kita masih berkira-kira dengan Allah. Nak duduk berzikirpun rasa cukup berat, nafsu rasa berat, kita rasa nak cepat saja.
Itulah nilai yang kita sembahkan kepada-Nya sedangkan Dialah yang mencipta dan menentukan ke mana kita nanti.
😭😭😭

(Nukilan Ustazah Norhafizah Musa)

اللهم صلى على سيدنا محمد

Thursday, February 23, 2017

Terlena

*TERLENA*

_Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena..._

_Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi..._

_Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar..._

_Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan..._

_Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan..._

_Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia?..._

_Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua..._

_Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah buat..._

_Astaghfirullah, ternyata tidak seberapa sedekah dan infak cuma sekadarnya, mengajarkan ilmu tidak pernah ada, silaturrahim tidak pernah buat..._

_Justeru, apakah roh ini tidak akan melolong, meraung, menjerit menahan kesakitan di saat berpisah daripada tubuh ketika Sakaratul Maut?..._

_Tambahkan usiaku ya Allah, aku memerlukan waktu untuk beramal sebelum Kau akhiri ajalku..._

_Belum cukupkah kita mensia-siakan waktu selama 30, 40, 50 atau 60 tahun?..._

_Perlu berapa tahun lagikah untuk kita mengulang pagi, siang, petang dan malam. Perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi agar kita BERSEDIA untuk mati?..._

_Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan untuk menghasilkan pahala, maka 1000 tahun pun tidak akan pernah cukup bagi orang-orang yang leka dan terlena.

Friday, February 17, 2017

3 hal

☝ *RENUNGKAN INI*👍

          Dosa Jangan di ➕ 
          Amal Jangan di ➖
          Cinta Jangan di ➗
          Hidup hanya   1  ❌ 

*Gugur Bunga karena* 🌸Layu 
*Gugur Iman  karena* 👻Nafsu  
*Gugur Cinta karena* 👉🏿Cemburu 

*Tertawa karena*  
                 Bahagia😃
*Menangis karena* 
                 Derita😭
*Bertobat karena*     
                 Dosa💀
*Beribadah karena* 
                 Iman🙏

*Hidup tanpa Cinta* 
        💤pasti Hampa
*Hidup gila Harta* 
        😱pasti Celaka
*Hidup penuh Dosa* 
        ☠akan Binasa
*Hidup Bersyukur* 
        😇akan Bahagia

*Hiduplah tiap hari seperti Matematika:*
*1. Mengalikan (x)*
     *_keGembiraan_*  
*2. Mengurangi (-)* 
     *_keSedihan_*
*3. Menambahkan (+)* 
     *_Semangat_*
*4. Membagi ( : )* 
     *_keBahagiaan_*
*5. Meng-kuadratkan*
     *_Kasih Sayang_*
     *_antar sesama_*

*Ada 3 hal dalam hidup yang tidak bisa kembali:*
     ⏰1. Waktu   
     💋2. Ucapan  
     ⌛3. Kesempatan     
*Jagalah itu, jangan sampai menyesal karenanya*

*Ada 3 hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang:*
      👹1. Amarah    
      👻2. Keangkuhan  
      👿3. Dendam   
*Hindarilah ia selalu*

*Ada 3 hal yang tidak boleh hilang*
       💙1. Harapan   
       💛2. Keikhlasan   
       ❤3. Kejujuran   
*Peliharalah ketiganya*

*Ada 3 hal yang paling berharga*
    💞1. Kasih Sayang 
    💗2. Cinta     
    💝3. Kebaikan  
*Pupuklah itu semua*

*Ada 3 hal dalam hidup yang tidak pernah pasti*
         👉🏽1. Kekayaan   
         👉🏽2. Kejayaan  
         👉🏽3. Mimpi     
*Jangan terobsesi karenanya*

*Ada 3 hal yang dapat membentuk watak seseorang*
         ☝1. Komitmen          
         ✌2. Ketulusan          
         👌3. Kerja Keras         
*Upayakanlah sekuatnya*

*Ada 3 hal yang membuat kita sukses*
          👍1. Tekad          
          👍2. Kemauan         
          👍3. Fokus
*Usahakan dengan sungguh-sungguh*
 
*Ada 3 hal yang tidak pernah kita tahu*
          👍1. Rejeki          
          👍2. Umur 
          👍3. Jodoh     
*Mintalah pada Tuhan YME*

*TAPI, ada 3 hal dalam hidup yang PASTI*
       👉🏽  1. Tua     
       👉🏽  2. Sakit     
       👉🏽  3. Kematian  
*Persiapkanlah dengan sebaik-baiknya...SEMOGA*
Salam Kasih Sayang

Wednesday, February 15, 2017

Penjual surat khabar

Pagi itu penjual surat khabar itu berteduh di tepi kedai. Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan tidak membenarkannya melakukan aktiviti jualan akhbarnya seperti biasa.

Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun wang yang akan penjual itu perolehi seandainya hujan tidak berhenti. Namun, kegalauan yang kurasakan ternyata tidak nampak sedikitpun di wajah Penjual Surat Khabar itu.

Hujan masih terus turun. Si penjual surat khabar masih tetap duduk di tepi kedai itu sambil tangannya memegang sesuatu. Tampaknya seperti sebuah buku. Kuperhatikan dari jauh, lembar demi lembar dia baca. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang dibacainya. Namun perlahan-lahan ku dekatinya, ternyata Kitab Suci Al-Quran yg dibacanya.

+ "Assalamu 'alaikum" ...
- "Waalaikum salam"
+ "Bagaimana jualan surat khabarnya tuan?" ...
- "Alhamdulillah, sudah terjual satu."
+ "Wah susah juga ya kalau hujan begini" ...
- "Insya Allah adalah rezekinya."
+ "Terus, kalau hujannya sampai lewat petang?"
- "Itu bererti rezeki saya bukan jualan surat khabar, tapi boleh banyak berdoa."
+ "Kenapa?"
- "Bukankah Rasulullah SAW pernah besabda, ketika hujan adalah saat mustajab untuk berdoa. Maka, kesempatan berdoa itu dipanggil rezeki juga."
+ "Lantas, kalau tidak dapat wang, bagaimana?"
- "Bererti, rezeki saya adalah bersabar"
+ "Kalau tidak ada yg boleh dimakan"? .....
- "Bererti rezeki saya berpuasa"
+ "Kenapa tuan boleh berfikir seperti itu?"
- "Allah SWT yang memberi rezeki. Apa saja rezeki yang diberikan-Nya saya syukuri. Selama jualan surat khabar, walaupun tidak laku, dan harus berpuasa, tetapi saya tidak pernah kelaparan" - katanya jitu dan ikhlas menutup pembicaraan

Sahabat ...
Hujan pun reda. Si penjual surat khabar bersiap-siap untuk terus melakukan aktiviti jualannya. Ia berpergian sambil memasukkan Al-Quran ke dalam begnya.

Aku termenung ... tanpa kusedari cermin mata ku menjadi gelap kerana bercucuran tangisku. Aku tersedar sendirian stlh ku renungi setiap kalimat tausiah yang diucapkan penjual surat khabar jalanan.

Ada penyesalan di dalam hati. Kenapa kalau hujan aku masih resah-gelisah. Khuatir tidak mendapat wang?, ... Risau rumahku akan terendam banjir?...Bimbang tidak dapatt hadir andai ada jemputan kenduri? .. Keluh kesah tidak boleh bertemu pelanggan dan rakan perniagaan? ...

Kembali baru ku sedari, rezeki bukan wang semata. Boleh bersabar, berpuasa, berdoa, beribadah merupakan amal sholeh yang patut kita syukuri. Malah, lebih dari itu, ia adalah juga rezeki yang tidak terperi daripada Allah SWT.

Sahabat ...
Rezeki hidayah dan boleh bersyukur adalah jauh lebih bermakna daripada pekerjaan dan wang. Dari apapun juga ....‎

Tuesday, February 14, 2017

Menanti dan menunggu

بسم اللّٰه الرحمن الرحيم

Tajuk:
*Di sana MENANTI*/ 
*Di sini MENUNGGU*

Benarkah sayang ayah?
Benarkah sayang ibu?
Benarkah ingat ayah?
Benarkah ingat ibu?

🌴
*Sahabat yang dikasihi,*

*Kita sedang MENUNGGU* masa maut menjemput, sepertimana ayah dan ibu yg lebih dahulu pergi meninggalkan kita selama-lamanya.   *Arwah ayah dan arwah ibu* kita di sana sentiasa *MENANTI* sesuatu dari kita yg masih hidup di dunia.

*Bicara mereka* terlalu jauh utk didengar, tapi amat mudah untuk dimengerti...
 
*Apa kata arwah ayah dan ibu yang bahagia di sana?*

🌴 *Anak-anakku...*

*..Kami bahagia di sini,* kerana kalian sentiasa *berdoa* agar kami diampuni dan disayangi Allah sepertimana kami lakukan terhadap ayah dan ibu kami dahulu.

🌴 *...Kami mewah di sini,* kerana kalian terus *bersedekah* dgn harta peninggalan kami dulu.

*Anak-anakku..*

🌴 *...Kami dihormati di sini,* kerana kalian terus menyampaikan *ilmu* yang kalian perolehi hasil pengajian yg kami biayai dulu.

🌴 *...Kami disayangi di sini,* bila kalian tetap menjaga *Solat* kerana ketegasan kami mengasuh kalian dulu.

🌴 *...Kami dilayan baik di sini,* kerana kalian sentiasa *berbaik laku* terhadap saudara, rakan dan jiran tetangga seperti yang kami lakukan dulu.

Benarlah kata Nabi SAW,

*"Bila mati anak Adam, maka putuslah amalannya melainkan TIGA;  anak soleh yg mendoakannya, sedekah jariah dan ilmu yg bermanfaat*
                  

🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴🌴


🌴 *Sahabat yg dikasihi,*

*Apa pula kata arwah ayah dan ibu yang kecewa?*

*Jeritan mereka* terlalu jauh utk didengar, tapi terlalu mudah utk difahami...

🌴 *Anak-anakku...*

*...Kami merasa azab sengsara dan derita di sini,* kerana kalian melupakan kami dan *tiada kiriman doa* untuk kami.

🌴 *...Kami malu, terseksa dan kami miskin di sini,* kerana kalian tidak memanfaatkan harta peninggalan kami, malah saling pula kalian bertengkar kerana harta-harta itu.

*Anak-anakku..*

🌴 *...Kami d hina dan kami tidak dihargai di sini,* kerana kalian tidak memanfaatkan ilmu yang kalian dapati, hasil biayai kami dahulu.

🌴 *...Kami d azab dan kami dibenci di sini,* kerana kalian sering *meninggalkan Solat* persis seperti kami yg sering mengabaikan Solat, semasa kami sibuk memburu harta di dunia dahulu.

🌴 *...Kami malu dan kami terima seburuk2 layanan di sini,* kerana tingkah laku buruk kalian terhadap saudara, rakan dan jiran seperti juga kami yg sentiasa menyakiti mereka semasa hayat kami dahulu.

🌴 *Ya Allah, pulangkanlah kami ke dunia... pulangkan!!*

*Benarlah* firman Allah SWT:َ

*Dan sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka DALAM KEADAAN MALU DAN HINA SAMBIL MERAYU, "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya; MAKA KEMBALIKANLAH KAMI KE DUNIA SUPAYA KAMI MENGERJAKAN AMAL SOLEH* As-Sajdah:11


🌴 *Sahabat yang dikasihi,*

*Lazimkanlah* diri kita memanjatkan doa untuk ayah dan ibu kita.

_Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan dosa2 kaum muslimin  muslimat saudara seislam aku dan sayangilah ibubapa aku sebagaimana mereka menyayangi aku semasa aku kecil dahulu.

🌴................ *Sayang Semua*

6 doktor terbaik


 Ada 6 "DOKTOR" terbaik:*

a. Keluarga.
b. Santai/rehat.
c. Bersenam / solat 5 waktu dan tahajud
d. Makanan yg sihat.
e. Sahabat/kawan.
f. Ketawa.

Sehebat Manusia

Syurga *lelaki* 
pada  perempuan iaitu *IBU*

Syurga *perempuan* 
pada lelaki iaitu *suami.*

Sehebat-hebat *suami* 
kena patuh pada *ibu.*

Sehebat-hebat *ibu* 
kena patuh pada *suami.*

Masa *hidup* 
anak perlukan *doa ibubapa.*      

Masa *mati* 
ibubapa perlukan *doa anak.*

Di *dunia* 
nasab itu pada *lelaki.*

Di *akhirat* 
nasab itu pada *perempuan.*

*Sehebat-hebat manusia*, 
bila mati 
dia tetap *perlu orang lain* 
untuk *kebumi jenazahnya.*

*Setinggi-tinggi ilmu* 
yang manusia ada. 
Dia tetap perlu *belajar* 
daripada seorang *guru.*

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. 
Pasti yang dirindu 
adalah *keluarga.*

Walau *sekaya* manapun seorang manusia. 
Dia tetap perlu untuk *berurusan* 
dengan *orang lain*

Seorang *General Manager* 
tidak akan mampu uruskan perjalanan premis 
tanpa *general worker.*

Seorang *raja* 
tidak berkuasa 
tanpa ada *rakyat jelata.* 

Inilah manusia... 
*Lemah.* 
Walau sehebat mana pun kita didunia. 
Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. 
Taraf kita hanya seorang *"Hamba".*

Lalu kenapa mahu rasakan 
kita adalah yang terbaik dan terhebat ???

Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada
*taraf ujub, riak,sombong dan hina*

*Ingatlah wahai diriku*
 dan yang sedang membaca. Janganlah
 "sombong dan merasa dia lebih baik"

😌

Monday, February 13, 2017

Gaji dan Rezeki


*⚪GAJI DAN REZEKI⚪*

*Gaji itu ada slipnya*
*Rezeki tdk ada slip*

*Gaji itu dari Boss*
*Rezeki itu dari ALLAH*

*Gaji itu hanya wang*
*Rezeki boleh berupa banyak hal.*

*Gaji itu diperoleh dg kerja.*
*Rezeki itu diperoleh dg iman.*

*Gaji itu sudah diduga,*
*Rezeki itu sering tak terduga.*

*Gaji mungkin sudah besar, tapi terasa kurang*
*Rezeki itu selalu mencukupi, meski tak seberapa..*

*Gaji harus dikejar, dicari dan diusahakan dgn bekerja.*
*Namun Rezeki boleh datang  bagi org yg percaya.*
 
*Tidak semua orang memiliki gaji,* *tetapi setiap orang memiliki Rezeki.*

*Gaji kemungkinan tertukar dengan lain orang,* *tetapi Rezeki tdk akan pernah bertukar.*

*Besarnya gaji ditentukan oleh masa kerja dan kelayakan,* *sementara besaran Rezeki ditentukan iman dan percaya kita pd ALLAH .*

*So, jangan pernah cemas, khuatir, resah, dan gundah terhadap nasib yg akan datang,* *terlebih jgn pernah merasa susah dan sedih terhadap yg luput dari masa lalu.* 
*Yakinlah bhw rencana dan kuasa ALLAH tepat dan indah  pd saatnya.*  

*Jadi...... gaji itu hanya* *sebagian kecil dari Rezeki.*
Renung renungkan