Friday, May 16, 2014

Kuliah 260414 tafsir surah almulk pemimpin dibangkitkan awal

1. Pemimpin pemimpin akan dibangkitkan awal dari pengikut di hari akhirat.
2. Allah sengaja ghaibkan dirinya dari manusia untuk melihat siapa yang berbakti padanya.
3. Musibah itu ada hikmah pada seseorang.
4. Orang yang tiada zuriat dan inginkan zuriat amalkan zikir Ya Latif.
5. Jika hendak musafir seperti naik kapal terbang bangun pagi solat tahajud zikir Ya Hayyum Ya Qayyum Ya Rahman Ya Rahim dan nama nama Allah Ya Rahman Ya Muttaqim.

Thursday, May 15, 2014

Kuliah 250414 Jumaat KM

Kuliah 250414 Jumaat KM
1. Menuduh orang berzina tanpa datangkan 4 saksi dikenakan hukum qazaf dengan sebatan 80 kali sebat
2. Diriwayatkan hanya dua orang yang bermimpi jumpa nabi setiap malam iaitu malik bin anas dan anas bin malik
3. Malik bin anas adalah orang yang menyuruh wanita yang menuduh mayat wanita pelacur berzina semasa memandikannya dengan tanpa menghadirkan 4 saksi dengan 80 kali sebatan.
4. Menuduh orang meliwat tidak boleh main-main dan bergurau
5. Malaikat dicipta untuk beri khimat pada manusia
6. 70 kali malaikat maut datang melihat manusia sebelum mati.
7. Jadikan kematian satu nasihat
8. Kasih sayang Allah atasi kemurkaannya buktinya DIA ciptakan 7 neraka dan 8 syurga. Juga setiap amal baik di balas 10, 100 dan 700 kali lipat tapi amal maksiat 1 dibalas 1 dosa.
9. Mati dalam syirik kekal dalam neraka jika tidak sempat bertaubat.