Thursday, January 1, 2009

palestine

1. dunia islam yang terdiri dari negara arab khasnya tidak dapat membantu saudara seagama dengan mereka dengan beberapa sebab. negara mesir contohnya gagal membantu malah bersekongkol negara rejim israel iaitu dengan menutup sempadan. negara saudi juga begitu. malah ada putera rajanya yang dalam kegawatan ekonomi sekarang telah susut hartanya USD16 billion apabila ditanya apa perasaannya setelah hilang wang sebanyak itu hanya menjawab bahawa beliau masih ada lagi USD16 billion lagi. begitulah kita umat islam tidak dapat membuat apa-apa samada kaya atau miskin.

2. mereka ini juga sanggup membeli kapalterbang airbus terbesar yang dapat membawa 400 penumpang dan diubahsuai menjadi istana dengan mendapat gelaran istana terbang. begitu juga mereka membeli kelab bola sepak Manchester City dengan pemain dari Brazil Kaka berharga 402 juta. bayangkan berapa perlu dibayar dengan baki pemain-pemain dan pengurusnya.

3. itulah petaka yang menimpa umat islam hari ini yang semakin lemah dan lemah. jadi apa yang patut kita buat untuk perkara ini.

4. dengan meyertai jihad. seperti negara indonesia dengan kerjasama pemimpin mereka telah membuka kaunter mendaftar mereka yang ingi kesana. setakat ini terdapat lebih 200 sanggup mati syahid kesana. jika dinegara lain mungkin mereka ini akan di cop sebagai pengganas dan dipenjarakan.

5. jika tidak sanggup berkorban nyawa disarankan supaya menyumbang wang.

6. jika kita miskin ialah dengan berdoa kepada mereka supaya Allah swt memusnahkan rejim yahudi tersebut. kadang-kadang selama ini mungkin kita berdoa hanya untuk diri kita dari awal sampai akhir selama 10 minit.

7. dikisahkan burung belatuk dizaman nabi ibrahim as yang sanggup mencari air dan diletak diparuhnya dan meyiramnya ditempat pembakaran nabi ibrahim as. maka perbuatan ini dipersendakan oleh burung-burung yang lain kerana perbuatan yang sia-sia. apa jawab belatuk tersebut dengan mengatakan bahawa itulah sahaja yang ia mampu lakukan. lagi pun katanya apabila dihadapan Allah swt beliau akan mampu menjawabnya.

8. yang pasti Allah swt tidak akan menanyakan kita kenapa kamu tidak dapat mengalahkan israel tapi apa yang pasti ditanya apa tindakan dan sumbangan kamu terhadap perkara ini. kalah atau menang itu ketentuan DIA jua.

9. apa yang pasti umat islam sekarang terlalu lemah dan sedang tidur lena. jadi marilah kita menyumbang sesuatu bagi penderitaan saudara seislam kita yang gajinya rm2 ringgit sehari bekerja dikilang-kilang israel dan sekarang tiada pekerjaan dan sukar untuk mendapatkan bekalan roti untuk hidup. sertailah program-program anti yahudi israel dimana diadakan dan tunjukkan sokongan anda. paling kurang itulah jawapan kita dihadapan Allah swt nanti.

7.

No comments: