Thursday, May 28, 2009

50 Sen vs RM50

1. Dalam pada kita beramal seperti menderma serta bersedekah serta mengimfakkan harta benda dan wang ringgit kadang kala kita memandang pada besarnya jumlah atau nilai harta tersebut.
2. Tetapi disisi Allah swt perkara ini kadang kala tidak diambil kira kerana ada faktor lain seperti ikhlas, punca harta tersebut dan lainnya.
3. Oleh itu nilai RM50 tidak semestinya diterima dan nilai 50 sen tidak semestinya ditolak oleh Allah swt. Sebab dalam kita beramal yang penting sekali ialah penerimaan amal kita oleh Allah swt. Sebab sebagai contoh bagi orang bukan islam walau sebesar mana amalnya seperti gunung sekali pun tidak akan sekali-kali diterima kecuali setelah ia memeluk Islam.Bagi kita yang telah Islam pula akan diteliti lagi atas kerana apa kita berbelanja harta tersebut. Wallahualam.
Posted by Picasa

No comments: