Thursday, August 6, 2009

Kenapa AlQuran Mukjizat

1. AlQuran sebagai mukjizat kerana ia dijaga oleh Allah swt sehingga hari kiamat.
2. Ia berbeza dengan kitab lain seperti Zabur tidak dijaga sebab hukumnya tidak dipraktikkan hingga hari kiamat. Tapi kita wajib mempercayainya kuwujudannya.
3. AlQuran perlu dibaca dan diamal kerana dihari akhirat ia menjadi hujah.
4. Pernah Ayat AlQuran disaran diubah isi kandungan oleh Yahudi di Universiti Al Azhar dan di negara Arab Saudi supaya ayat jihat dan kejahatan Yahudi/Israel ditiadakan. Kadang-kadang kita umat Islam sendiri pun terpengaruh apabila mengatakan sesetengah umat Islam sebagai terorist.
5. AlQuran tidak boleh syak, ragu dan apa lagi mengatakan ianya ada cacat dan kelemahan. Perkara ini pernah berlaku di negara Mesir bila ada bekas menterinya yang beragama Islam merasa angkuh dengan mengatakan dari segi bahasa AlQuran ada cacatnya. Ini kerana menteri tersebut seorang ahli bahasa dan ahli syair.