Friday, February 26, 2010

Kisah Di Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW

1. Dikisahkan selepas kelahiran Nabi saw ada seorang Yahudi telah bertanya kepada penduduk Mekah malam tadi mesti ada seorang bayi telah dilahirkan. Ini kerana orang yahudi tahu berkenaan dengan Nabi kita lebih dari mengetahui terhadap anak-anak mereka. Maka penduduk Mekah berkata ada kelahiran malam tadi. Maka segeralah orang itu hendak menemui bayi tersebut dan setelah melihatnya maka ia pun menggigil dan terus pengsan.
3. Kenapa ianya pengsan? Kerana setelah ia sedar dari pengsan ia menyatakan bahawa setelah melihat ada tanda Nubuwah kenabian dibelakang Nabi saw maka tahu lah ia bahawa terlepaslah peluang Umat Yahudi untuk menjadi Nabi terakhir yang selama ini amat dicita-citakan oleh mereka. Mereka menyangka penutup segala Nabi datang dari kaum mereka tapi sebaliknya yang berlaku, Itu yang menyebabkan ia pengsan mungkin terkejut yang amat sangat dan terlalu mengharap.

No comments: