Tuesday, June 1, 2010

Syaitan dan Bahu

1. Jika kita dapat melihat seperti mana yang disampaikan oleh Nabi SAW bahawa ada ketikanya syaitan berada diatas bahu seseorang. Dan adakalanya pula ia berada dibawah dan ada pula yang cuba menunggu ketika yang sesuai untuk berada kembali diatas bahu. Ada pula ketikanya syaitan yang sedang berada diatas bahu terlompat turun kebawah. Begitulah keadaannya silih berganti.
2. Mengapakah keadaan ini berlaku. Jawapannya ialah ketika seseorang sedang berzikir atau mengingati ALLAH SWT maka syaitan tidak akan duduk diatas bahu seseorang. Dan begitulah sebaliknya.
3. Jadi apa agaknya yang dilakukan syaitan agaknya semasa ia berada diatas bahu. Tentulah mudah pula ia mengawal atau memandu atau membisikkan perkara tidak baik. Lagi pun sebagai contoh jika seseorang berada diatas bahu dengan tanpa alasan yang kukuh tentulah boleh menjadi aib pula.

No comments: