Monday, March 21, 2011

Elakkan Berkata”kalau”Hadith

Elakkan Berkata"kalau"
Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:"Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:"Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya 'kalau' akan membukakan pintu amalan syaitan."
Riwayat Muslim

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: