Monday, March 2, 2015

Sedekah.

Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabat, "Para hartawan banyak mendapat pahala. Mereka solat seperti kami, puasa seperti kami dan dapat memberi sedekah dari kelebihan hartanya. Lalu kami ini bagaimana?" Jawab Baginda; "Bukankah Allah telah menjadikan bacaan bagimu, yang dapat dijadikan sedekah olehmu?" Ketahuilah bahawa tiap-tiap satu tasbih adalah sedekah, tiap-tiap satu takbir itu adalah sedekah, tiap-tiap satu tahmid itu adalah sedekah, tiap-tiap satu tahlil itu adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan itu adalah sedekah, mencegah dari kemungkaran itu adalah sedekah dan dalam kemaluan serta bersetubuh seseorang antara kamu itu adalah sedekah." Sahabat itu bertanya lagi; "Ya Rasulullah, seseorang antara kami menuruti nafsu syahwatnya, apakah dia mendapat pahala?" Jawab Baginda; "Bagaimana pendapat kamu kalau dia meletakkan syahwatnya itu pada sesuatu yang terlarang, berdosakah dia? Begitulah. Tetapi kalau dia meletakkannya pada sesuatu yang halal, pasti dia mendapat pahala". (HR Muslim)

No comments: