Friday, April 25, 2008

denggi



35 kematian akibat kes denggi24-04-2008 03:35:30 PM
KUALA LUMPUR: Sebanyak 35 kematian akibat demam denggi dilaporkan di seluruh negara sejak awal tahun ini sehingga 19 April lepas, menurut Kementerian Kesihatan hari ini.
Sehubungan itu Bahagian Kawalan Penyakit kementerian itu menggesa penglibatan masyarakat secara berkesan untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Pengarahnya Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata 38 kematian dengan 16,260 kes dilaporkan sepanjang tempoh yang sama tahun lepas.
Katanya satu kematian dan sejumlah 776 kes demam denggi dilaporkan minggu lepas, meningkat 35 kes atau lima peratus berbanding minggu sebelumnya yang mencatat 741 kes.
Selangor mencatat peningkatan tertinggi dengan 327 kes, diikuti Kuala Lumpur (89 kes) dan Johor (65 kes).
Katanya pemantauan oleh Pejabat Kesihatan Daerah mendapati masih banyak premis yang mempunyai tempat pembiakan Aedes walaupun sejumlah 3,398 kompaun bernilai lebih RM540,000 dikeluarkan sejak awal tahun ini.
Seramai 78 orang dihadapkan ke mahkamah dengan 46 orang daripada mereka didapati bersalah dan didenda berjumlah lebih RM10,000.
Sejumlah 424 gotong-royong dijalankan di seluruh negara sejak Januari lepas, katanya. BERNAMA
SANGKAKALA:DEATH WILL COME TO US EVEN WE ARE IN THE STRONG PREMISES.MALIKUL MAUT ANGEL WILL COME TO US WHEN TIME COMES.NO ONE WILL ESCAPE. WE CANNOT AVOID IT BUT WE CAN PLAN TO FACE IT TO GAIN BETTER LIFE IN THE COUNTRY OF AKHIRAT. ALLAH ALWAYS REMIND US IN HIS ALKITAB.SALAM TO ALL




No comments: