Saturday, April 26, 2008

1 maut kejutan letrik


Pelajar MAUT kena kejutan elektrik-26 apr 08-berita harian

ULU TIRAM: Seorang pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram maut selepas terkena kejutan elektrik ketika memegang pintu jeriji sebuah rumah kedai yang sedang diubah suai di Jalan Intan, Taman Ros di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, M Hari bersama rakannya T Kalindran membuat keputusan untuk berteduh di rumah kedai berkenaan berikutan hujan renyai ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari padang sekolah mereka. Kalindran berkata, mangsa yang memintanya untuk berteduh di barisan kedai berkenaan dan selepas terkena kejutan elektrik, rakan karibnya itu terus rebah di situ menyebabkan beliau bergegas mendapatkan bantuan daripada beberapa individu yang berada berhampiran kawasan berkenaan.
“Saya pelik apabila Hari tidak berbual dengan saya selama beberapa minit selepas kami duduk di batang besi di depan kedai itu sedangkan beliau gemar berjenaka setiap masa. “Tiba-tiba, saya terkejut melihat beliau menjerit dan seperti melekat di pintu jeriji itu. Saya cuba menolongnya tetapi saya sendiri terasa badan saya kebas terkena arus elektrik menyebabkan saya mendapatkan bantuan individu lain,” katanya di sini, semalam. Difahamkan, anak kelima daripada enam beradik itu dibawa untuk dibedah siasat ke Hospital Sultan Ismail (HSI) selepas disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
SANGKAKALA: bila sudah ajal tidak dapat dicepat/dilambat walau sesaat.nabi pernah bertayamun dan diberitahu ada air disekitar kawasan itu tapi nabi terus solat dgn bertayamun tsb kerana tidak yakin akan dapat kesana dan kembali kerana maut mungkin tiba sebelum solat.olih itu ingat lah mati setiap masa. yang paling banyak ingat mati ialah para anbia.

No comments: