Tuesday, July 1, 2008

4 maut kemalanga di pasir puteh kelantan


Polis sahkan tiga maut dalam kemalangan di Pasir Puteh

KOTA BAHARU: Polis hari ini mengesahkan hanya tiga maut dalam satu kemalangan ngeri membabitkan dua kereta di Kilometer 24, Kampung Jerus, Pasir Puteh, di sini lewat petang semalam. Laporan awal pada tengah malam tadi menyatakan enam terbunuh. Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mereka yang meninggal dunia itu ialah pemandu kereta Perodua Kancil, Mohd Rodi Latif, 33, dan dua anak lelakinya Nik Mohd Anas, 8, dan Mohd Imran Hashimi, semuanya di tempat kejadian. Tiga lagi yang cedera parah ialah bapa Mohd Rodi yang hanya dikenali sebagai Abdul Latif, 65; isteri Mohd Rodi, Raja Rosini Raja Hussain, 26(disahkan meninggal kemudian); yang sedang mengandung empat bulan, dan pemandu kereta Proton Perdana yang bertembung dengan kenderaan yang dipandu Mohd Rodi dikenali sebagai Che Othman Che Husain.

Mereka kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Jenazah Mohd Rodi dan anak-anaknya dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh sejurus kemalangan. Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 6.45 petang semasa Mohd Rodi dan keluarganya dalam perjalanan mengarah ke Kota Baharu, manakala Che Othman Che Othman sedang dalam perjalanan dari Kota Baharu menuju Pasir Puteh.
Siasatan awal mendapati kedua-dua kereta bertembung apabila salah sebuah daripada kenderaan itu memasuki laluan bertentangan ketika cuba memotong sebuah kenderaan lain. - Bernama

No comments: