
Ada laporan lain menyatakan, Mladic dilindungi tentera Serbia yang berpengaruh di negara itu. Malah, usaha memburu dan menangkap Mladic jauh lebih sukar dan berbeza berbanding operasi menahan Karadzic yang lebih mudah ditangkap dan tidak melawan ketika diserbu dalam sebuah bas di ibu negara Serbia, Isnin lalu. Mladic yang kini menjadi lelaki buruan utama Eropah bagi jenayah perang dan kemanusiaan membabitkan kekejaman termasuk pembunuhan 8,000 lelaki dewasa dan budak lelaki Muslim Bosnia, perlu diserahkan kepada pihak pendakwa antarabangsa sebelum Serbia dipertimbang menjadi anggota Kesatuan Eropah (EU).
Namun, bekas komander tentera Serbia itu didakwa dikawal ketat dan mempunyai dua pengawal peribadi lengkap bersenjata dan sentiasa mengiringinya. "Analisis risikan terbaru mendakwa Mladic kini tinggal di satu kawasan bandar di Serbia dan sentiasa dikawal ketat dua pengawal peribadinya. Malah, pengawalnya itu hanya menunggu arahannya untuk menembak mati Mladic sebelum beliau dapat ditangkap," kata sumber itu. Mladic lesap dan menyembunyikan diri selepas kejatuhan bekas Presiden Slobodan Milosevic pada 2000 dan sejak itu beliau beberapa kali dilihat berada di Russia, Romania dan Hungary selain Serbia dan Montenegro. Berpuluh-puluh serbuan dilancarkan ke alamat didakwa rumah dan tempat persembunyiannya. Malah ada beberapa kejadian Mladic dikatakan sempat melarikan diri. – Agensi
nota:berani buat berani tanggung.tapi dalam islam bunuh diri tidak dibenarkan sama sekali.sama2lah kita lihat adakah benar ia akan berlaku.allah swt itu maha mengetahui dan maha adil

No comments:
Post a Comment