Sunday, September 21, 2008

5 perkara

dari sayyidina omar ra:

1. tiada kawan yang paling baik dari MENJAGA LISAN. sebab perkataan diucapkan semua perkara boleh berlaku samada baik atau sebaliknya.

2. tiada pakaian sebaik WARAK. warak terhadap harta,rendah diri dan lainnya. kisah apabila sahabat pertikai jubah omar yang dibuat lebih kainnya dari yang lain. sebab semasa dapat harta rampasan perang masing-masing dibahagi sama banyak contohnya setiap orang dapat 4 meter, tapi sebab omar ra badan besar dan tinggi perlukan 5 meter. jadi sahabat tanya mana datangnya 1 meter mungkin dari dana mana. omar suruh anaknya terangkan. anaknya mengatakan yang lebih itu adalah dari beliau yang berikan kepada ayahnya.

3. tiada yang lebih baik dari harta selain PUAS HATI. puas hati terhadap apa yang ada tapi kepada ilmu tidak boleh puas hati.

4. tiada yang lebih baik dari kebaikan melainkan NASIHAT. kisah seorang raja yang putus jarinya maka perdana menteri nasihatkan sabar mungkin ada hikmat darinya. raja tidak puas hati dan pecat menteri itu. 2 ke 3 tahun kemudian raja pergi memburu dan ditangkap oleh satu kaum asli disitu. kebetulan hendak diadakan upacara mengorbankan untuk dipersembahkan kepada tuhan mereka. yang hendak dikorbankan mesti yang terbaik, pada masa itu hanya raja itu yang terbaik. maka dipersembahkan pada ketua sami tapi tidak memenuhi syarat kerana raja cacat jarinya. maka selamatlah raja tersebut. maka perdana menteri yang dipecat di dilantik semula.

5. tiada makanan yang paling lazat selain SABAR. menahan diri kerana allah swt adalah selazat-lazat makanan pada pandangan omar ra. sebab disandarkan kepada allah swt itu yang membuatkan ianya lazat.
Posted by Picasa

No comments: