Saturday, September 6, 2008

melihat, mendengar dan merasa

Bagaimana Kita Melihat, Mendengar dan Merasa?
Perbuatan melihat direalisasikan di dalam satu cara yang sangat progresif. Sekelompok cahaya (photon) yang bergerak daripada objek ke mata menembusi kanta di bahagian depan mata apabila ia pecah dan jatuh dalam keadaan terbalik di atas retina yang terletak di bahagian belakang mata. Di sini, cahaya yang berlanggar telah diubah menjadi isyarat elektrik yang dipancarkan oleh neuron ke satu titik kecil yang digelar pusat penglihatan yang berada di bahagian belakang otak. Isyarat elektrik ini di terima sebagai sebuah imej di pusat ini yang terletak di dalam otak selepas beberapa siri proses. Perbuatan melihat sebenarnya berlaku di dalam titik kecil ini di bahagian belakang otak yang gelap gelita dan sama sekali terasing daripada cahaya.
Sekarang, mari kita kaji semula proses ini. Apabila kita menyatakan saya melihat", kita sebenarnya melihat kesan utusan yang sampai ke mata kita dan merangsang otak kita setelah ia ditukarkan kepada isyarat elektrik. Oleh itu, apabila kita menyatakan "saya melihat", kita sebenarnya memandang kepada isyarat elektrik di dalam minda kita.
Semua imej yang kita lihat di dalam hidup kita terbentuk di dalam pusat penglihatan kita, yang terbentuk daripada beberapa sentimeter kubik daripada keluasan otak. Buku yang sedang kamu baca dan lanskap yang kamu lihat apabila kamu merenung ke arah horizon, termuat di dalam tempat kecil ini. Satu fakta yang perlu diletakkan di minda seperti yang disebut sebelum ini, iaitu otak terhindar daripada cahaya; di dalamnya sama sekali gelap. Otak tidak mempunyai sebarang hubungan langsung dengan cahaya. baca seterusnya silake http://www.harunyahya.com/malaysian/relativiti02.php

No comments: