Saturday, February 21, 2009

4 perkara bidaah besar- yusuf al qaradawi


1. tidak faham. sesesuatu perkara jika tidak difahami tapi cuba dibahas/tonjolkan. contoh seperti hukum hudud. adakah semua orang faham tentang hukum ini dan mengapa tidak dilaksanakan. kadang-kadang mereka tidak tahu hukum hudud tapi terus menolaknya. sedangkan apa yang perlu dibuat belajarlah dahulu barulah buat andaian.

2. cara berfikir. contoh jika datang awal kesurau letaklah kereta jauh dari surau dan berjalan kaki. bagi yang datang lewat boleh letak dekat sikit dengan surau. ini bagi mengelak kesesakan dan bagi yang berjalan dapat buat exercise.

3. statik. tidak berubah. ini juga bidaah. contoh jika mendengar kuliah jika sudah berumur tentu sakit lutut, kaki serta pinggang kerana bersila terlalu lama. maka elok juga disediakan kerusi bagi mangurangkan sakit yang disebutkan tadi.

4. berpakat dengan orang menyembah berhala dan menentang orang yang menyembah Allah swt. ini pun bidaah juga.

Thursday, February 19, 2009

iman

1. iman para nabi-nabi sentiasa naik dari semasa kesemasa.

2. para sahabat nabi turun sedikit dan naik banyak.

3. mukmin pula turun dan naik.

4. islam biasa pula turun banyak naik sedikit.

5. pada umat islam zaman sekarang iman bukan lagi turun naik tapi ia keluar dan masuk iaitu seperti sabda nabi saw pagi islam petang kafir dan sebaliknya. seolah-olah iman seperti  lesen memandu ada tarik luput. jadi ia kena diperbaharui.

Tuesday, February 17, 2009

1/2 dari ubat bagi orang sakit


1. dikatakan bahawa setengah atau separuh dari ubat bagi orang sakit ialah pelbagai jenis ubat-ubatan, pil dan lainnya.

2 dan separuh lagi ialah menziarahinya ktika ia sedang sakit. kerana kalau dia tidak bangun dan makan bila kita melawatnya ia boleh bangun dan makan. itulah kelebihan melawat orang sakit disamping mendapat pahala dan mengeratkan silatulrahim.

Friday, February 13, 2009

kenapa kita rasa Allah swt jauh dari kita

1. kerana ada kegelapan dijiwa kita.
2. kita juga boleh tahu samada kita jauh atau dekat dengan Allah swt iaitu bila masa susah kita ingat Allah swt dan bila senang lupa pada NYA.
3. sedangkan Allah swt sebenarnya lebih dekat dari diri kita sendiri dengan kita iaitu lebih dekat dari urat semerih kita yang mana jika putus urat ini kita akan mati.

Friday, February 6, 2009

bagaimanakah nabi saw menunjuk kepada sesuatu


1. apabila nabi saw ingin menunjukkan atau mengarahkan sesuatu ia akan menunjukkan dengan menunjukkkan dengan tangan yang penuh iaitu dengan kelima-lima jarinya. tidak seperti kita yang menunjukkannya/mengarahkannya dengan satu jari telunjuk kedepan atau satu ibu jari kedepan.
2. ini menunjukkan akhlak nabi saw yang terpuji.

Thursday, February 5, 2009

berbahagialah orang yang diuji


1. kerana orang yang banyak diuji imannya akan naik. lagi berat diuji lagi imannya akan bertambah. itu pun jika ia sedar akan perkara ini iaitu ia sekarang sedang diuji

Wednesday, February 4, 2009

kenapa kita dihargai/dihormati


1. kerana keaiban kita ditutupi. siapa yang menutupnya. tentulah Allah swt. jika Allah swt membuka aib kita maka orang tidak akan menghormati kita lagi. begitu juga jika ada isteri dan ia menghormati kita. kenapa ia menghormati kita kerana ia tidak tahu aib kita.

Tuesday, February 3, 2009

Monday, February 2, 2009

3 golongan yang Allah swt tidak memandang pada hari kiamat

1. orang yang sombong. kerana sifat ini yang layak memakainya ialah Allah swt itu sendiri.
2. orang yang mengungkit. setelah memberi sesuatu dan selepas itu mengungkit pula.
3. orang yang bersumpah palsu. samada didalam perniagaan berjual beli dan lainnya.

Sunday, February 1, 2009

Ceremah Aa Gymnastiar Ringkas Tetapi Menginsafkan

artikel dari mohd sayuti omar- mso blog

Ceremah Aa Gymnastiar Ringkas Tetapi Menginsafkan


SEMALAM selepas pulang dari menyaksikan himpunan kecil pelancaran gerakan memansuhkan PPSMI di kompleks membeli belah di Sogo, Kuala Lumpur saya bergegaskan ke masjid Al Ridhuan Hulu Kelang untuk mengikuti ceramah pendakwan dan aktvis kerohanian Indoneisa tersohor KH Abdullah Gymnastiar atau Aa Gym.

Aa Gym tidak perlu disebut lagi bagi warganegara Indonesia nama itu hampir sama hebat dengan nama-nama bekas presiden Indonesia. Aa Gym, 47 kelahiran Bandung, Jawa Barat itu mula terkenal awal tahun 90-an. Ceramahnya dihadiri puluhan ribuan manusia.

Beliau juga mempunyai pesentren Dar Al Tauhid di Bandung di mana pondok pesantren ini menjadi tumpuan rakyat Indonesia yang ingin membaiki diri dan mencari jalan menemui Allah. Pesateren ini juga salah satu destinasi pelancong dari Malaysia yang menjejak kaki di Bandung.

Selain turun ke lapangan memberi ceramah dan kuliah agama, memenuhi jemputan dalam dan luar negaranya beliau juga menulis buku dan banyak buku-bukunya yang memperkatakan soal keimanan, menjaga hati dan kaedah mendekati diri dengan Allah diterbit di Indonesia dan laris.

Kenapa ceramahnya menjadi buruan ialah cara penyampian yang bersahaja serta kelainan daripada pengisian ceramah yang kebanyakan diterapkan oleh ustaz dan pendakwa lain. Aa Gym lebih kepada memberi didikan untuk membersikan hati, memperkuatkan iman dan seterusnya mengenalikan diri untuk mengenal Allah.

Kerohanian atau tasauf (sufi) secara bersahaja ini sangat melekat dan menarik. Dalam ceramahnya Aa Gym memberi perumpamaan atau menyentuh seoal-soal yang berlaku setiap hari dalam kehidupan manusia. Contoh atau analogi yang diberikan juga mencakupi semua aspek kehidupan dan bahasa yang digunakan juga senang untuk difahami dan meliputi aktiviti kehidupan semua darjat manusia.

Aa Gym memang diberikan Allah kekuatan dan daya tarikan tersendiri ketika menyampaikan cermahnya. Beliau yang dianggap sebagai penerima ilmu laduni, seorang yang kreatif dan bijak mengolahkan atau menghurai isu-isu atau perumpamaan untuk memberi kefahaman kepada pendengar.

Setiap pendengar akan mudah jatuh hati dan menimbulkan keinsafan kepada diri sendiri serta menambahkan nilai rasa tanggungjawab sebagai hamba kepada Khaliqnya.

Malam tadi beliau berceramah atas tajuk “Hidayah Allah”. Lebih 500 hadir termasuk kaum ibu dan kanak-kanak serta remaja. Dikesempatan itu beliau menurunkan lima perkara atau rahsia untuk mencapai hidayah Allah yang boleh saya fahamkan begini;

Pertama, ialah ikhlas dengan Allah. Apa-apa perbuatan, pekerjaan hendaklah dibuat dengan niat yang betul dan ikhlas kerana Allah. Jangan peduli apa yang orang bilang kepada kita.

Kedua, redha dengan apa yang Allah turunkan atau ujian ke atas diri kita. Jangan persoalkan dan merunggut kerana sesuatu yang Allah turunkan/uji itu ada hikmah-hikmah yang tidak mudah kita fahami. Atas ujian itu bukan menunjukkan Allah zalim, sebab Allah tidak zalim kepada sesiapa pun. Ujian juga kalau tahu menerimanya ia merupakan pahala percuma dari Allah untuk seseorang.

Ketiga, berlapang dada, jangan persulitkan masalah. Setiap masalah hendaklah dianggap sebagai ujian dan jangan terbelenggu dengannya. Masalah bukan bahaya, tetapi yang bahanya ialah bagaimana menangani masalah itu. Begitu juga dengan rezeki, jangan bimbang dengan rezeki sebab semua rezeki untuk makhlukNya dijamin olehNya.

Keempat, tahu mengatur diri dalam berhadapan dengan masalah atau ujian Allah. Tidak perlu panik terhadap sesuatu musibah yang menimpa diri. Kena menerimanya dengan hati yang lapang dan tenang.

Kelima, yakin kepada Allah. Jangan menyerahkan diri kepada mana-mana kuasa tetapi serahlah kepada Allah. Allah tahu menguruskan kehidupan kita. Allah akan memenuhi janji-janjiNya kepada semua manusia. Di samping itu kita perlu banyak bertaubat dan memohon keampunan Allah s.w.t.

Ceramah Aa Gym cukup ringkas dan menyeronokkan mendengarnya. Madah-madah dan filsofi spontan yang dikemukakan sangat menyentuh hati. Diakhir ceramah selepas Maghrib selama kira-kira 40 minit itu diakhiri dengan doa menunjak oleh beliau yang sungguh menginsafkan.

Malam tadi beliau dijadual akan memimpi qiamulai di surau sebuah hotel di Ampang Jaya, Selangor. Kepada muslimin dan muslimat diacangkan agar tidak ketinggalan untuk mendengar ceramah Aa Gym di mana-mana kesempatan, cubalah kelainan dan menghayati keindahan ceramah da’i ini. [wm.kl 6:30 am 01/02/09]
Posted by mso.im at 8:56:00 AM 0 comments  
Labels: RENCANA