Monday, July 6, 2009

Ilmu dan Makrifat.

1. Ilmu dan makrifat ada perbezaannya. Jika kita ingin mengenal Allah swt ialah dengan ilmu. Yang lebih tinggi dari itu pula ialah FAHAM pula. Dan yang terlebih atas selepas faham itulah yang dikatakan Makrifat.
2. Sebagai contoh untuk mengetahui ini ialah ketika Nabi saw dan Abu Bakar ketika berada dalam Gua Thur semasa hijrah. Masa berada disini mereka dijejaki oleh musuh lagi pula kaki Abu Bakar digigit ular. Disini timbulnya rasa bimbang dan resah Abu Bakar akan keselamatan diri mereka berdua.
3. Apabila mengetahui kerisauan Abu Bakar tersebut maka Nabi saw mengingatkan beliau bahawa Allah swt berserta kamu dimana kamu berada. Waktu itu Makrifat Abu Bakar tiada iaitu tidak mampu merasa Allah saw dekat.Bila Nabi saw mengingatkan kepada Abu Bakar barulah limpahan makrifat itu sampai kepada sahabat Nabi saw tersebut.
4. Kesimpulannya ialah makrifat itu ialah mengetahui, faham serta dapat merasakan bahawa Allah swt sentiasa dekat dan bersama kita dimana kita berada. Seperti IHSAN iaitu seolah-olah kamu melihat Allah swt tapi jika kamu tidak melihat Allah swt, Allah swt melihat kamu.

No comments: