Saturday, October 31, 2009

Masalah dan Hikmahnya


1. Yang tiada masalah ialah orang gila dan orang yang telah mati. Tapi sebaliknya orang gila itu pula yang akan memberi masalah pada orang lain.
2. Jika miskin masalahnya kurang dari segi kewangan.
3. Jika kaya pula masalahnya ingin lagi menambah kekayaannya (tamak).
4. Jika sakit pula masalahnya berat menanggung bebannya dan jika sihat pula masalahnya ialah mempertahankan kesihatannya.
5. HIKMAHnya ALLAH SWT memberi masalah atau cubaan kepada manusia ialah kerana ingin mengampunkan dosa-dosa kecil kita. Dosa besar mesti bertaubat nasuha.
6. Ganjarannya jika DEMAM PANAS sehari dapat MENGAMPUN DOSA setahun
7. Syarat untuk diampunkan dosa ialah ianya masalah itu datang kepada kita bukan kita yang mencarinya. Contoh jika saja-saja menyeksa diri seperti mencucuk jarum kejari itu dikira merosakkan diri.
8. Lagi syarat untuk diampunkan dosa ialah mesti redha kepada masalah tersebut.
9. KISAH 3 orang makcik penjual kueh. Penjual 1 dan 2 adalah orang biasa dari segi ketaatan kepada ALLAH SWT. Penjual kueh ketiga pula orang yang amat taat. Mereka bertiga setiap pagi menaiki bas untuk berniaga.


10. Suatu hari penjual 3 dipagi hari semasa berjalan kaki hendak ketempat menunggu bas telah terpijak seokor ular dan kerana ketakutan melarikan diri dan semua kuehnya jatuh dan masuk longkang. Selepas itu penjual 1 dan 2 terus menaiki bas dan berlalu.
11. Penjual 3 kecewa kepada ALLAH SWT dengan pertanyaan mengapa dia diberi masalah bukan kepada penjual 1 dan 2 atau orang lain kerana berbanding dengannya dia yang lebih taat dan banyak amalan ibadatnya.
12. Selepas beberapa jam beliau kecewa apabila balik kerumah terdengar berita bahawa sebuah bas kemalangan dengan sebuah lori minyak dan semua penumpang mati termasuk kedua-dua penjual kueh tersebut. Maka penjual ketiga bila mendengar berita itu terus terucap dari lidahnya perkataan Alhamdulillah. Sambil dengan menyesal dengan mengatakan jika ia dalam masa tidak redha beberapa jam tersebut andai ia mati sudah tentu ALLAH SWT pula yang tidak redha padanya.
13. Mulai hari itu beliau bertekad akan tidak merungut dan redha apa yang akan berlaku keatasnya.
14. Lagi satu ALLAH SWT yang sentiasa mengurus kita dengan bijaksana.
15. KISAH nenek dengan cucunya. Nenek sedang menyulam dan dilihat dari bawah oleh cucunya benang berserabut dan tidak kemas. Selepas satu jam cucu datang lagi melihat makin bertambah besar hasil sulaman dan bertambah serabut kelihatannya. Dan begitulah setiap jam neneknya datang dan komennya sama iaitu makin besar kawasan sulaman makin tidak cantik dan berselerak benangnya. Ini didiamkan sahaja oleh neneknya.
16. Selepas beberapa jam setelah siap maka nenek memanggil cucunya supaya melihat dari atas. Pabila terpandang sahaja maka cucunya kagum akan kecantikan sulaman yang berwarna warni.
17. Hikmahnya hendaklah kita jangan hanya memandang dari bawah sahaja setiap yang berlaku kerana walau berserabut apa yang berlaku dibawah tapi jika dilihat dari atas setiap perkara sebenarnya satu keindahan yang mengagumkan akan kebijaksanaan ALLAH SWT.
18. Oleh itu jika kita redha maka ALLAH SWT redha pada kita dan begitulah sebaliknya.Wallahuallam.

No comments: