Sunday, April 18, 2010

Hidung dan Kepala

1. Semasa seseorang tidur rohnya akan keluar. Kadang-kadang roh itu akan pergi ketempat yang baik atau sebaliknya. Bagaimana kita tahu bahawa roh kita keluar semasa kita tidor. Tanda ianya keluar ialah melalui mimpi.
2. Oleh itu jika kita mahu roh kita semasa keluar dan pergi ketempat yang elok maka sebelum tidur eloklah mengambil wuduk dahulu dan membaca ayat-ayat Al Quran kerana jika tidak berbuat demikian dibimbangi roh tersebut pergi ketempat yang tidak baik.
3. Semasa keluar roh ini akan melalui hidung dan semasa balik pula melalui atas kepala. Jadi jika seseorang sedang tidur jangan kita mengejutkan orang tersebut dengan cara yang memang menyebabkan orang tersebut betul-betul terkejut. Ini dibimbangi dengan berbuat demikian rohnya tidak sempat masuk secara sempurna. Jika ini terjadi ada yang membuatkan seseorang menjadi buta kerana rohnya iaitu matanya baru masuk dan hanya sampai kebahagian pipi atau dibawah mata dimana tidak sampai ditempat kedudukan matanya yang sebenar. Bila berjumpa doktor dan dibuat pemeriksaan matanya tidak mengalami apa-apa kerosakan tapi hakikatnya ia tidak dapat melihat akibat dari rohnya tidak sempat masuk secara sempurna.

No comments: