Tuesday, April 6, 2010

Anak Batu dan Gula-Gula

1. Dizaman Nabi SAW para sahabat seperti Saidina Abu Bakar disatu-satu ketika akan memasukkan anak-anak batu kedalam mulut mereka. Perbuatan ini ini dilakukan dengan tujuan supaya kurang dapat berkata-kata. Kerana apabila bercakap dikhuatiri menjurus kepada perkara yang tidak berfaedah dan merugikan malah menjadi dosa akibat mengumpat dan lainnya.
2. Dizaman kita pula biasanya kita akan memakan gula-gula dengan rasa yang berbagai-bagai dan dicipta pula dengan bau yang wangi supaya apabila kita bercakap walaupun banyak dan lama tidak keluar bau yang kurang menyenangkan kepada pendengar. Walaupun apa yang kita cakapkan samada berfaedah atau sebaliknya.

No comments: