Friday, November 5, 2010

Kubur Berasap

1. Dikisahkan disebuah kampung ada seorang yang memang diketahui dikampungnya dia seorang yang pemabuk dan kaki judi serta lainnya. Pada suatu hari kawannya meninggal dunia. Maka ia telah pergi mengiringi jenazahnya hingga kekuburan. Disitu ia diperlihatkan hanya untuk dirinya sendiri sahaja bahawa didalam kubur kawannya mengeluarkan asap terbakar. Sejak dari peristiwa itu ia telah insaf dan bertaubat dan sekarang telah menjadi seorang siak disebuah masjid.
2. Kesimpulannya dari kisah ini ialah jika Allah swt menghendaki sesiapa menjadi baik diberikan kepada seseorang Nur menyebabkan dia berubah. Mungkin ada perbuatan baik yang telah beliau lakukan atau mungkin juga tidak. Itu semua hak Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNYA. Beliau dijadikan Siak masjid kerana disitu beliau akan terikat untuk melakukan amal solat dan lainnya secara tetap setiap hari untuk bekalnya yang selama ini diabaikan.

No comments: