Monday, January 31, 2011

Bencana

 
Al-quran Al-karim
Hadith :
Katanya: Ingatlah! Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Awaslah! Sesungguhnya akn berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar". Aku bertanya: " Apakah caranya untuk menyelamatkan diri dari bencana itu, Ya Rasulullah?" Baginda menjawab: " (Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah-kisah perihal umat-umat yang terdahulu dari kamu, dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah kamu, serta hukum-hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu; (kitab Allah al-Quran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah), bukan keterangan yang olok-olok; sesiapa jua dari golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya): akan dibinasakan oleh Allah, dan sesiapa yang mencari pertunjuk dari yang lainnya - akan disesatkan oleh Allah; al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh, dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan, dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus). Dialah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk; dan alim ulama pula tidak merasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang, meskipun ia dibaca dengan berulang-ulang; dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan. Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya." (Demikian juga) sesiapa yang memperkatakannya; dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala; dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukum-hukumnya, adillah keputusannya; dan sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajaran-ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah pertunjuk ke jalan yang lurus."

Ali r.a

View Post on Facebook · Edit Email Settings · Reply to this email to add a comment.

Saturday, January 29, 2011

40 Tahun dan 4 Hari

1. Mayat-mayat para sahabat yang mati syahid yang dipindahkan kekubur Baqi' Madinah selepas 40 tahun mereka mati masih tidak terjejas dan darah masih mengalir apabila terkena alat penggali kebadan mereka. Cuba bandingkan dengan mayat kita yang jika sudah 4 hari tidak dikebumikan baunya tiada  yang akan mendekati.

Tuesday, January 25, 2011

Sifat Keakuan 2

1. Sifat keakuan juga terjadi keatas pemilikan sesuatu barang, harta, anak pinak dan sebagainya yang berharga. Jika ada orang bertanya kepada kita keatas harta yang memang menjadi milik kita maka dengan cepat dan pantas akan mengatakan saya atau aku punya.

2. Sifat keakuan memainkan peranan utama antara hubungan kita dengan Allah swt dalam kehidupan kita sehari-hari. Ini kerana Allah juga mempunyai sifat KEAKUAN yang mutlak. Manakala kita pula mempunyai sifat keakuan yang sementara atau pinjaman sahaja.

Monday, January 24, 2011

Sifat Keakuan 1

1. Sifat atau rasa keakuan dalam diri setiap manusia adalah amat kuat sekali. Kerana setiap apa yang ingin ia lakukan tidak dapat tidak mesti terdapat kepentingan atas dirinya. Jika bercakap pengganti nama biasanya dari perkataan yang lunak hingga kepada yang keras. Contoh ialah saya, hamba, kita, kami dan lainya dan yang agak menonjol ialah Aku. Jika kita bercakap dengan orang yang lebih tinggi pangkatnya dari kita biasanya kita membahasakan diri saya sebagai rasa hormat dan merendah diri. Jika orang atasan kepada bawahan pula aku atau seumpamanya sebagai tanda ia menguasai  dan berkuasa keatas individu tersebut.

Sunday, January 23, 2011

Hasad, Riak dan Ujub

1. Semua yang di atas adalah punca kepada segala penyakit hati. Ia juga dikira sebagai syirik yang tersembunyi dimana hanya diri dia sendiri sahaja yang tahu kerana siapa ia melakukan sesuatu ibadah.