Hendaklah kita yakin kebenaran setelah MENDENGAR ayat-ayat ALLAH (Al Quran) di dunia tetapi jangan menyesal setelah MELIHAT kebenaran diakhirat.
Monday, February 28, 2011
Bisikan Hati
Ibn Mas'ud r.a
Huraiani) Setiap manusia mempunyai lintasan hati yang berlainan kerana berlainan sebabnya.Ii) Satu daripada jenis lintasan itu adalah lintasan yang dibawa oleh malaikat yang bertugas memancarkan ke dalam hati manusia perasaan suka berbuat kebajikan dan menerima kebenaran; sementara satu lagi lintasan adalah lintasan syaitan iaitu lintasan untuk melakukan kejahatan dan menolak kebenaran.Iii) Lintasan malaikat ini dinamakan sebagai "ilham" dan lintasan jahat syaitan itu sebenarnya adalah "was-was" di mana kita diperintahkan memohon perlindungan Allah daripadanya sebagaimana yang dimaksudkan di dalam al-Quran, surah an-Nas.Iv) Oleh yang demikian selaku manusia biasa, apabila datang sesuatu lintasan hati, maka hendaklah kita mempertimbangkannya terlebih dahulu dengan neraca syarak; jika bersesuaian kerjakanlah, jika sebaliknya jauhkanlah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Bersabar Dalam Berdoa
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:"Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan." Lalu baginda ditanya oleh seseorang:"Apa maksudnya meminta dicepatkan?"Jawab baginda:"Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:"Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa."
(Muslim)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, February 27, 2011
Urusan Umat Islam
Riwayat at-Tabrani
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, February 26, 2011
Nabi saw melarang kita solat pada waktu yg haram
1-terbitnya matahari
2-matahari tepat di atas kepala
3-terbenamnya matahari
solat ketika waktu terbit dan terbenam seolah2 solat diantara dua tanduk iblis.ketika matahri terbit dan terbenam syaitan berlari kerarah matahari seolah2 mereka yang solat ketika itu seperti menyembahnya.Kita dilarang melambat2kan waktu solat.
Solat pada waktu matahri tepat di atas kepala,ketika itu api neraka sedang megelegak
semoga manfaat..wallahualam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, February 25, 2011
KEWAJIBAN MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH
KEWAJIBAN MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH - Kewajipan Melaksanakan Hukum Allah Firman Allah taala yang bermaksud: "Dan hendaklah ahli Kitab Injil menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Al...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Menjaga Kerukunan Hidup Bermasyarakat
Hadith :
Dari Abi Hurairah r.a katanya : "Telah bersabda Rasulullah SAW : " Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tipu menipu, janganlah kamu saling belakang membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualan setengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. Taqwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali) Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.
Riwayat Muslim
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, February 22, 2011
Nasihat Untuk Pendakwah
Hadith :
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda "Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya:"Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?" Maka ia menjawab:"Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya."
(Bukhari & Muslim)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, February 20, 2011
ADAB-ADAB DAN PENYAMPAIAN ILMU(MALAIKAT JIBRAIL & NABI MUHAMMAD SAW)
Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :
Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
Sipemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Bendera
Jangan Berbohong
Hadith :
Dari Ibnu Umar r.a katanya:"Saya dengar nabi SAW bersabda:"Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di hari kiamat kelak."
(Bukhari)
Huraian
Rasulullah SAW menjelaskan sifat-sifat orang munafiq, di antaranya: Apabila ia berkata, ia berbohong, apabila berjanji, ia mungkiri dan apabila diberi amanah, ia khianat. Maka wajar jika Rasulullah SAW menyatakan bahawa berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar. Dalam sebuah riwayat diceritakan, telah datang kepada Rasulullah SAW, seorang lelaki meminta nasihat. Lelaki itu mengaku bahawa dia tidak dapat
meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya, iaitu berzina. Mendengar pengakuan jujur lelaki ini Rasulullah SAW berwasiat kepadanya:" Hanya dengan satu perkara: "Laa Takzib! (Jangan berbohong!)." Ternyata dengan menjaga untuk tetap melaksanakan nasihat Rasulullah SAW itu, lelaki ini dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya kerana setiap kali dia ingin melakukan zina, dia akan ingat kepada nasihat baginda itu."Bagaimana kalau saya ditanya oleh Rasulullah SAW? Jika saya menjawab:"Tidak, bererti saya telah berbohong. Jika saya mengaku bererti saya wajib dihukum", fikir lelaki tersebut sehingga telah berhenti dari berzina.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, February 19, 2011
Tidak Tahu Dan Tahu
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, February 15, 2011
Petunjuk
إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره, ونعوذ بالله من شرور انفسنا ومن سيئات اعمالنا, من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له. ونشهد أن لا إله الا الله وحده لاشريك له ونشهد أن محمدا عبده ورسوله.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya dan kami memohon keampunan-Nya, dan kami berlindung kepada Allah dari keburukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, February 13, 2011
Solat Tasbih
KELEBIHAN TASBIH
Banyak kelebihan bertasbih memuji Allah. Antaranya:
Sabda Rasulullah:
Dua kalimah yang mudah diucapkan oleh lidah, tetapi kedua-dua kalimah itu berat pada timbangan Allah, kedua-dua kalimah itu disukai oleh Tuhan al-Rahman iaitu: Subhanallahi wabihamdihi, subhanallah al 'azim.
Sabda Rasulullah:
Bahawa aku ucapkan: Subhanallah, wal hamdulillah, wala ilaha illa Allah, wallahu akbar; lebih aku sukai dari segala apa yang ada pada hari itu.
Sabda Rasulullah:
Empat perkataan yang amat disukai oleh Allah Ta'ala, yang tidak menjadi masalah engkau memulakannya dengan menyebut mana-mana dahulu: Subhanallah, wal hamdulillah, wala ilaha illa Allah, wallahu akbar.
Pernah Rasulullah bertanya kepada para sahabat: Tidakkah seseorang itu merasa lemah untuk melakukan seribu (1,000) kebaikan setiap hari? Lalu salah seorang sahabat bertanya: Bagaimana seseorang dari kami boleh melakukan seribu kebaikan? Jawab Nabi: Bertasbihlah dengan seratus (100) kali tasbih. Nanti Allah akan tuliskan untuknya 1000 kebaikan dan menghapuskan 1000 kesalahan.
Rasulullah bersabda:
Aku bertemu Nabi Ibrahim pada malam aku di "Isra' "kan. Nabi Ibrahim berpesan: Wahai Muhammad, sampaikan salam aku kepada umatmu. Beritahu mereka, bahawa syurga itu tanahnya amat subur, amat tawar airnya. Di sana ada tanah kosong yang tidak mempunyai pokok. Untuk menanamnya bacalah: Subhanallah, wal hamdulillah, wala ilaha illa Allah, wallahu
akbar.
TATACARA SOLAT TASBIH
Solat Tasbih sama seperti solat-solat sunat yang lain. Cuma solat tasbih mengandungi bacaan tasbih yang banyak. Solat ini dilakukan sebanyak 4 rakaat. Jika dilakukan pada sebelah malam, lakukanlah 2 rakaat dengan satu salam. Kemudian teruskan pula dua rakaat lagi dengan satu salam. Sempurnalah 4 rakaat. Jika dilakukan pada sebelah siang, lakukanlah 4 rakaat
berterusan dengan satu salam sahaja.
Niat Solat Tasbih:
Malam : Sahaja aku sembahyang sunat tasbih 2 rakaat kerana Allah Ta'ala.
Siang : Sahaja aku sembahyang sunat tasbih 4 rakaat kerana Allah Ta'ala.
Tatacara solat Tasbih telah dijelaskan oleh Rasulullah kepada bapa saudaranya, Abbas seperti hadith berikut.
Daripada Abi Rafi' r.h, Dia berkata, Rasulullah berpesan kepada Abbas: Wahai bapa saudaraku, tidakkah engkau mahu aku hubungi silaturahim dengan engkau, tidakkah engkau mahu aku menyintai engkau, tidakkah engkau mahu aku memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada engkau?. Jawab Abbas: Mahu ya Rasulallah. Sabda Rasulullah: Sembahyanglah empat (4) rakaat. Engkau bacakan pada setiap rakaat, Surah al-Fatihah dan diikuti dengan membaca surah. Selepas itu bacalah (tasbih): Allahhu akbar, walhamdulillahi, wasubhana Allah 15 kali sebelum engkau ruku". Kemudian ruku' dan baca (tasbih) 10 kali. Kemudian angkat kepala kamu ('iktidal) dan baca (tasbih) 10 kali. Kemudian sujud, bacalah (tasbih) 10 kali. Kemudian angkat kepala engkau (duduk antara dua sujud) dan bacalah (tasbih) 10 kali. Kemudian sujud dan bacalah (tasbih) 10 kali dan sebelum engkau bangun berdiri (10 kali tasbih). Maka kesemua itu 75 (tasbih) pada setiap rakaat, dan jumlah semuanya pada 4 rakaat sebanyak 300 kali. (HR Turmuzi)
KELEBIHAN SOLAT TASBIH
Selain kelebihan pahala bertasbih, Solat Tasbih juga adalah penebus dosa. Sabda Rasulullah s.a.w:
… (Wahai bapa saudaraku) kalaulah dosa engkau sebanyak pasir, Allah akan ampunkan dosa engkau. (HR Turmuzi)
KEDUDUKAN SOLAT TASBIH
Setelah Rasulullah menjelaskan tatacara Solat Tasbih kepada Abbas, Baginda menjelaskan pula kedudukan atau tuntutannya.
…Abbas bertanya: Siapakah yang mampu untuk menunaikannya pada (tiap-tiap) hari?. Sabda Rasulullah: Jika engkau tidak mampu melakukannya setiap hari, lakukanlah pada setiap Jumaat (sekali seminggu). Sekiranya tidak mampu melakukan pada setiap Jumaat, lakukanlah pada setiap bulan. Rasulullah terus menjelaskan sehingga beliau bersabda: Lakukanlah walaupun setahun (sekali). HR Turmuzi
HUKUM SOLAT TASBIH
Bagi kebanyakan ulama Mazhab Syafie, Solat Tasbih hukumnya sunat. Pendapat ini antaranya dikemukakan oleh Abu Muhammad al-Baghawi dan Abu Mahasin al-Ruyani. Demikian juga dengan pendapat salaf, Abdullah bin al-Mubarak. Sungguhpun begitu, ulama hadith tidak menerima hadith mengenai solat tasbih dan mengatakan hadith tersebut adalah gharib dan daif. Namun hadith mengenai kelebihan membaca tasbih adalah sahih. Wallahu'alam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, February 12, 2011
Unta
(Muslim)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Musuh
Bukhari
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pedagang
(al-Bukhari)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Berbuat Baik dan Sabar
Tajuk :
Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia
Hadith :
Seorang lelaki bertanya:" Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar... mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh." Kemudian baginda menjawab," Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu".
Riwayat Muslim
Huraian
1.Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah kerana ia merupakan pengukur darjat keimanan seseorang.
2.Islam mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka mudah-mudahan dengan itu hati mereka menjadi lembut dan baik.
3.Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa sabar dan benar dalam bertindak.
4.Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturrahim dan haram memutuskannya.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Permudahkan Urusan
posted in MUSLIMBOOK ندعو جميع المسلمين في جميع أنحاء العالم.
Nur Islam Mukmin2:25am Feb 12
Permudahkan Segala Urusan Islam
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Permudahkanlah semua urusan dan jangan menyusahkannya, berilah khabar gembira dan janganlah membuat sesuatu yang menyebabkan orang lain lari."
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Huraian
1. Islam adalah agama yang mudah dan senang diamalkan oleh setiap golongan, oleh itu hendaklah ia dipermudahkan dan janganlah dijadikan sebagai sesuatu bebanan.
2. Umat Islam hendaklah sentiasa menyampaikan perkhabaran yang menggembirakan dan janganlah menimbulkan perkara-perkara yang membawa kepada kesulitan hidup.
3. Islam menuntut agar umatnya berdakwah ke jalan Allah dengan penuh hikmah dan bijaksana supaya ia boleh diterima dengan mudah dan rela.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.