Tuesday, July 12, 2011

3 Golongan

Manusia dibahagikan kepada tiga golongan:
1. Golongan yang hidup demi dunia semata-mata.
Allah swt berfirman yang maksudnya "Dan tentu mereka akan mengatakan (pula): Hidup hanyalah kehidupan di dunia sahaja dan kita sekali2 tidak akan dibangkitkan."( Surah al-An'am 6:29 ) - Golongan ini adalah golongan yanh kufur nikmat.
2. Golongan yang percaya adanya hari akhirat, namun.....
Mereka tidak berusaha untuk mencapai kebahagiaan di akhirat. Mereka selamba bersuka ria dan berhibur tanpa bersungguh2 untuk mencapai kebahagiaan di akhirat.
3. Golongan yang menganggap dunia adalah ladang akhirat.
Mereka menanam di sini untuk menuai di akhirat kelak. Allah berfirman yang maksudnya "Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain main2 dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya? (Surah al-An'am 6 : 32).
MAKA DI MANAKAH AGAKNYA KEDUDUKAN KITA????
Tepuk dada tanyalah IMAN.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: