Thursday, September 4, 2014

Kuliah 090314 Iman boleh Meningkat dan Berkurang.

1. Ilmu perlu diulang terutama ilmu tauhid (Imam Al Ghazali) Ia akan jadi lebih manis. Perkara ilmu jika diulang ia makin seronok tapi jika makan makanan yang sama ia akan jadi tidak sedap lagi.

2. Puasa boleh tingkatkan iman. Puasa juga jadi benteng didunia dan diakhirat kepada perkara tidak baik.

3. Pasakkan iman melalui ibadah puasa supaya tidak ragu pada agama islam. Juga rasa gembira dengan agama islam.
4. Kisah Umir. Bakhin bakhin maknanya keinginan yang amat kuat untuk masuk syurga maka sah kamu akan masuk syurga (kata Rasulullah kepada Umir). Maka dia jadi tidak menentu dan bila dia makan buah kurma ada baki buah itu lalu ia terus buang dan terus merempuh musuh dan akhirnya ia mati syahid.

5. Akan dikeluarkan dari neraka walau ada sebiji biji sawi iman pada seseorang dan seterusnya ia akan dimasukkan kedalam syurga.

6. Tauhid ialah mengesakan Allah dan akidah ialah menyimpulkan atau ikat hati bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan tidak mensyirikkanNYA.

No comments: