Sunday, November 30, 2014

Bendera Syaitan dan Bendera Malaikat

Dikatakan bendera syaitan itu ia terdapat dipasar-pasar dan bendera malaikat pula terdapat di masjid-masjid. Kita tidak dapat melihatnya tapi diceritakan oleh kita begitulah keadaannya. Ini berlaku kerana dipasar-pasar banyak berlaku penipuan seperti menjual barangan tidak halal, kurang timbangan, barangan rosak atau tamat tempuh, sumpah palsu dan sebagainya. Yang mendatangi pasar pula pelbagai ragam manusia bebas pergaulan lelaki perempuan. Dimasjid pula lain keadaan kerana sebelum memasukinya hendaklah dibuang sifat membesar diri, sombong, riak, ujub dan lain sifat tidak baik. Mereka kesini juga mesti bersih dari hadas besar serta bersih pakaian dan tubuh badan dari najis. Masjid juga tempat turunnya rahmat Allah.

No comments: