Hendaklah kita yakin kebenaran setelah MENDENGAR ayat-ayat ALLAH (Al Quran) di dunia tetapi jangan menyesal setelah MELIHAT kebenaran diakhirat.
Saturday, January 31, 2015
Tuan Guru dan Pelacur.
"Muridku sekalian, aku punya hajat yang sangat besar.Adakah sesiapa yang mampu menunaikan hajatku ini?" Tanya sang murabbi pada seluruh muridnya.
Salah seorang murid kanan Syeikh menjawab dengan penuh adab, " Hajat apakah wahai Tuan Guru? Khabarkanlah kepada kami, moga kami mampu untuk menunaikannya untuk Tuan Guru".
Sang Guru menarik nafas dengan perlahan seraya berkata " Aku punya sedikit harta yang ingin aku sedekahkan, adakah sesiapa yang ingin membantuku mengagihkan harta ini?"
"Kami bersedia membantumu wahai Tuan Guru untuk mengagihkan harta ini"jawab Murid tersebut dengan bersemangat.
"Bolehkah Tuan Guru perincikan kepada siapakah harta ini akan dibahagikan?"seorang murid yang lain bertanya dengan lebih lanjut.
"Hartaku ini akan aku sedekahkan kepada para pelacur yang berada di tempat sekian-sekian"Jawab Tuan Guru dengan tenang.
Keadaan menjadi bingit, masing-masing keliru dengan tujuan utama Tuan Guru yang terkenal alim dan soleh ini.
"Aku sudah mengagakkan bahawa kamu semua tentu tidak akan mampu untuk melaksanakan hajatku ini. Kalau begitu tidaklah mengapa. Biarlah aku sendiri yang pergi menyampaikannya."Tuan Guru menjawab dengan tenang.
Para murid rasa bersalah di atas sikap yang mereka tunjukkan. Salah seorang murid kanan Tuan Guru menawarkan dirinya untuk menyampaikan harta tersebut. Mana mungkin dia boleh membiarkan Tuan Guru yang terkenal hebat dan wara' ini dibiarkan masuk dan bertandang ke tempat hina seperti itu.
"Ketuklah setiap pintu rumah pelacuran tersebut dan ketika kamu menyampaikan sedekah ini katakan bahawa ini adalah sedekah daripadaku(Nama tuan guru) dan doakan aku semoga diberkati oleh Allah taala" Tuan Guru memberikan pesanan kepada muridnya tersebut.
Maka sang murid yang mulia ini terus memulakan tugasnya dengan penuh tanda tanya di dalam pemikirannya mengapakah Tuan Guru ingin benar memberikan sedekah kepada golongan hina ini. Namun arahan Tuan Guru perlu dilaksanakan.
Sang murid menutup mukanya dan terus masuk ke kawasan pelacuran tersebut.
Beliau mengetuk setiap pintu rumah pelacuran di kawasan itu dan menyampaikan apa yang dipesan oleh Tuan Guru kepadanya.
"Assalamualaikum, maafkan saya mengganggu, saya adalah utusan daripada Tuan Guru fulan bin fulan ingin menyampaikan sedekah daripada beliau kepada kalian. Beliau berpesan agar mendoakan beliau semoga dirahmati oleh Allah taala".
Terkejut para pelacur bila mendengar nama Tuan Guru yang alim dan wara tersebut sudi memberikan sedekah kepada mereka. Setelah selesai tugasnya, sang murid terus beredar daripada kawasan hitam tersebut sambil menghelakan nafasnya.
Masing-masing ternanti-nanti apakah yang akan berlaku selanjutnya setelah peristiwa tersebut.
Keesokkan paginya , sesuatu yang mengejutkan telah berlaku. Seluruh bumi Syria gempar apabila keseluruhan pelacur yang ada di kawasan tersebut telah beramai-ramai datang menunaikan solat Subuh di Masjid Tuan Guru.
Mereka datang mendengar majlis pengajian daripada Tuan Guru dan bertaubat daripada segala dosa-dosa yang telah mereka lakukan.
Barulah semua murid faham mengapakah Tuan Guru benar-benar ingin menyampaikan sedekah tersebut kepada golongan pelacur berkenaan.
Ini merupakah karamah yang Allah taala kurniakan kepada Tuan Guru yang wara' ini. Dakwahnya yang sangat lembut dan berkesan memberikan impak yang sangat besar kepada kehidupan pelacur-pelacur tersebut.
Tuan Guru yang saya maksudkan di sini ialah al-Alim al-Allamah Muhaddis al-Syam Sayyid Badruddin al-Hasani rahimahullahu taala. Beliau wafat pada 1354 Hijriyah.Beliau digelar "Khatimah al-Huffaz dan al-Muhaddissin" yang bermaksud penutup kepada para ulama Hadis yang terkemuka.Mula mengarang kitab ketika umurnya belumpun sampai 20 tahun.
Beliau mengajar di Masjid Umawi pelbagai bidang ilmu seperti Nahwu, Sarf, Balaghah, Mantiq, Fiqh dan lain-lain.Menurut Syeikh al-Allamah Mahmud Rashid al-Attar rahimahullah (wafat 1362 Hijriyah), Syeikh Badruddin al-Hasani juga mengajar kitab Tafsir Baidhawi tanpa melihat kepada kitab dan tanpa memegang apa-apa kertas pun ditangannya. Tafsir tersebut telah dihafalnya dan dikuasainya dengan begitu hebat.
Ketika umur Syeikh al-Allamah Badruddin al-Hasani mencapai 30 tahun beliau mula mengajar Sahih Bukhari di Masjid al-Sadat. Ini juga dilakukan tanpa melihat kitab sedikitpun.Beliau menghafal keseluruhan Sahih Bukhari di dalam dadanya. Menurut para ulama tidak pernah dilihat seseorang yang begitu alim menyampaikan pengajian dengan keseluruhan bidang ilmu seperti Syeikh Badruddin al-Hasani rahimahullah. Ketika mensyarahkan Sahih Bukhari , keseluruhan ilmu dibahaskannya termasuklah ilmu perubatan, hikmah-hikmah, falsafah dan lain-lain.
Antara kelebihan Syeikh Badruddin al-Hasani rahimahullah juga ialah, semuanya mampu untuk memahami apa yang disampaikannya, bukan hanya para ulama dan penuntut ilmu, malah para petani dan orang awam yang biasa juga mampu untuk memahami apa yang disampaikan oleh Syeikh al-Murabbi rahimahullah. Ini kerana keikhlasannya yang begitu tinggi ketika menyampaikan pengajian. Beliau juga digelar Qutb al-Zaman (Wali Allah yang menjadi paksi kepada seluruh para wali ketika itu)dan Mujaddid pada zaman tersebut.
Semoga Allah taala merahmatimu wahai Tuan Guru yang mulia.
Saya mendengar kisah tersebut daripada Guru Saya yang Mulia, Syeikhuna al-Allamah Dr Wafiq al-Hijazi al-Hanafi hafizahullah.
Al-Fatihah buat Syeikh al-Allamah al-Muhaddis Sayyid Badruddin al-Hasani rahimahullah.
Mohd Nazrul Abd Nasir,
Al-Azhar al-Syarif,
sumber
canang at 1/31/2015
Gelisah dan keluh kesah
Friday, January 30, 2015
Tiga Jenis Tidur
1- Hailulah ialah tidur selepas solat Subuh (org yg tak bangun solat Subuh juga termasuk) Hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.
2- Qoilulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat mlm).
3- A'ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pd badan dan jiwa perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.
Orang Munafik dan Peperangan.
Tidur Dalam Sehelai Kain
Thursday, January 29, 2015
Tulang busuk penegak keadilan
Sebagai gabenor, beliau berhasrat untuk mendirikan sebuah masjid yang indah dan mewah di atas tanah kosong itu supaya seimbang dengan kewujudan istananya, namun impian itu terhalang kerana tanah serta pondok berkenaan dimiliki oleh seorang Yahudi.
Justeru, kewujudannya dianggap tidak berapa sedap dilihat kerana terletak berhadapan dengan sebuah istana penguasa. Pada suatu hari, pemilik tanah dan pondok berkenaan dipanggil menghadap gabenor Amru Al-Ash di istana untuk membincangkan rancangan dan hasratnya itu.
Selepas berjumpa Yahudi itu, Amru berkata: "Wahai Yahudi, berapakah harga tanah bersama dengan pondok kamu itu? Aku mahu membina masjid di atasnya."
Bagaimanapun Yahudi itu menggelengkan kepala sambil berkata: "Tidak akan saya jualkan kedua-duanya, tuan."
Sesudah itu, Amru berkata: "Aku akan membayarnya tiga kali ganda daripada harga biasa?"
Tawaran gabenor sungguh lumayan namun Yahudi itu tetap enggan menjualnya.
Amru tetap menawarkan supaya ia dijualkan dan mengingatkannya mengenai kemungkinan beliau akan menyesal jika tidak berminat. Namun apa yang pasti, walaupun selepas berkali-kali gabenor membuat tawaran, Yahudi itu tetap menegaskan bahawa dia tidak mahu menjualkannya dan tidak sesekali menyesal.
Selepas orang Yahudi itu meninggalkan istananya, Amru menetapkan satu keputusan untuk membongkar tempat tinggal kepunyaan Yahudi itu dan mendirikan sebuah masjid besar di atas tanah berkenaan dengan alasan demi kepentingan bersama serta mengindahkan pemandangan.
Yahudi itu tidak boleh berbuat apa-apa menghadapi tindakan sang penguasa. Namun, dia tidak putus asa memperjuangkan haknya dan bertekad hendak mengadu perbuatan gabenor Amru kepada ketua pemerintahnya yang berada di Madinah, iaitu Khalifah Umar bin Khatab.
Sesungguhnya dia tidak menyangka bahawa khalifah yang namanya sangat masyhur itu ternyata tidak mempunyai istana mewah langsung. Apabila sampai, Yahudi itu disambut oleh khalifah di halaman Masjid Nabawi, iaitu di bawah sebatang pokok kurma yang rendang.
"Ada keperluan apa tuan datang jauh dari Mesir?" tanya Khalifah Umar sesudah ia menyambut kedatangan Yahudi itu dari seberang selat.
Walaupun agak gementar apabila berdiri di depan khalifah, Yahudi itu akhirnya berjaya menenangkan hatinya kerana ketua negara Islam yang bertubuh tegap itu menatapnya dengan pandangan yang sejuk hingga lancar lidahnya dapat menceritakan masalah dan keperluannya.
Yahudi itu memberitahu bahawa beliau bekerja keras seumur hidup hingga dapat membeli sebidang tanah dan pondok kecil di sebuah kawasan berhadapan dengan istana gabenor. Akhirnya, tanah itu dirampas oleh gabenor Amru dan dibangunkan sebuah masjid yang indah dan besar.
Umar mendadak merah padam mukanya. Dengan murka dia berkata: "Kurang ajar si Amru. Perbuatannya sudah keterlaluan." Sesudah agak reda nafsu amarahnya, Umar lantas menyuruh Yahudi itu supaya mengambil sebatang tulang dari tempat sampah yang berlonggok dekatnya. Yahudi itu ragu-ragu menurutkan perintah berkenaan.
Selepas perintah itu diulang dua kali, maka Yahudi itu dengan kebingungan mengambil sebatang tulang belikat unta dan diserahkannya kepada Khalifah Umar.
Kemudian, Umar menoreh tulang belikat unta itu dengan huruf alif yang lurus dari atas ke bawah lalu dipalang pada tengah-tengahnya menggunakan hujung pedang.
Tulang itu diserahkannya kepada Yahudi berkenaan seraya berpesan: "Tuan, bawalah tulang ini baik-baik ke Mesir, dan berikan kepada gabenor aku, Amru bin Ash."
Yahudi itu tertanya kerana beliau datang dari jauh iaitu dari Mesir ke Madinah untuk memohon keadilan daripada khalifah tetapi dia hanya menerima sebatang tulang yang berbau busuk, yang cuma digores dengan hujung pedang.
"Maaf, tuan khalifah," ucap beliau tidak puas.
"Saya datang ke mari menuntut keadilan. Namun, bukan keadilan yang tuan berikan melainkan sepotong tulang yang tidak berharga. Bukankah ini suatu penghinaan atas diri saya?"
Umar tidak marah sebaliknya menegaskan pendiriannya dengan berkata: "Wahai Yahudi. Pada tulang busuk itulah terletak keadilan yang tuan inginkan."
Walaupun sambil mendongkol dan mengomel di sepanjang jalan, orang Yahudi itu terus berangkat meninggalkan Madinah menuju ke negeri tempat mukimnya dengan hanya membawa hasil sepotong tulang belikat unta yang berbau busuk.
Anehnya, tulang yang kelihatan tidak ada nilai itu diterima oleh gabenor Amr dan tanpa diduga oleh Yahudi, tubuh Amru tiba-tiba menggigil dan wajahnya pucat ketakutan.
Seketika itu, dia memerintahkan anak buahnya supaya merobohkan masjid yang baru saja siap dibina dan mendirikan semula pondok kecil kepunyaan Yahudi itu, serta menyerahkan hak atas tanah berkenaan secara utuh seperti semula.
Anak buah Amru sudah berkumpul keseluruhannya. Masjid yang memakan belanja besar itu akan dihancurkan.
Namun, tiba-tiba Yahudi itu mendatangi gabenor Amru dengan terburu-buru.
"Ada perlu apa lagi, tuan?" tanya Amru dengan nada yang halus dan hormat.
Dalam keadaan yang masih termengah-mengah itu, Yahudi berkenaan berkata: "Maaf, tuan jangan dibongkar dulu masjid itu. Izinkan saya menanyakan satu perkara paling pelik yang mengusik perasaan saya."
"Perkara yang mana?" tanya Gabenor tidak mengerti.
"Apa sebabnya tuan begitu ketakutan dan menyuruh supaya merobohkan kembali masjid itu hanya kerana tuan menerima sepotong tulang dari Khalifah Umar?"
Gabenor Amru berkata: "Wahai, Yahudi. Ketahuilah kamu bahawa tulang itu adalah tulang biasa, malah baunya busuk tetapi oleh kerana ia dikirimkan oleh khalifah, tulang itu menjadi peringatan yang amat tajam dan tegas dengan dituliskan beliau satu huruf alif yang dipalang tengah-tengahnya."
"Maksudnya?" tanya Yahudi semakin kehairanan.
"Tulang itu berisi ancaman Khalifah yang bermaksud: "Amru bin Ash. Ingatlah kamu, siapa pun engkau sekarang, betapa tinggi pun pangkat dan kekuasaan kamu, suatu saat nanti kamu pasti berubah menjadi tulang yang busuk. Justeru, bertindak adil lah kamu seperti huruf alif yang lurus, adil di atas dan adil di bawah. Sebab, jika engkau tidak bertindak lurus, aku palang di tengah-tengah kamu, aku tebas batang leher kamu."
Yahudi itu tunduk terharu. Dia kagum atas sikap khalifah yang tegas dan sikap gabenor yang patuh kepada pihak atasannya hanya dengan menerima sepotong tulang. Ia adalah bukti yang mulia kerana benda yang rendah berubah menjadi keputusan hukum yang keramat dan ditaati di tangan penguasa yang beriman.
Maka Yahudi itu kemudian menyerahkan tanah dan pondoknya sebagai wakaf. Selepas kejadian itu, dia menyatakan memeluk Islam.
*Sumber dari blogtokwan.blogspot.com
Empat Puluh Malam
Isteri dan suami
feared mischief from a people
Sihat dan waktu terluang
Sekadar renungan. Rasulullah SAW bersabda, "Ada dua macam kenikmatan yang sebahagian banyak manusia tertutup daripadanya (yakni tidak mengetahui dan kurang memperhatikannya). Ia itu keadaan sihat dan menganggur (ada waktu terluang)". (HR Bukhari)
SAAT ALLAH MENJAWAB AL-FATIHAH DLM SOLAT KITA..
Ramai sekali orang yang membacanya dgn tergesa-gesa tanpa pause dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan solatnya. Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat drpd surah Al-Fatihah tersebut, اَللّهُ SWT menjawab setiap ucapan kita.
Dalam sebuah hadith Qudsi اَللّهُ SUBHANAHU WATA'ALA ber-Firman:
"Aku membahagi solat menjadi dua bahagian untuk AKU dan untuk hamba-KU."
■ Artinya, tiga ayat di atas Iyyaaka Na'budu Wa iyyaaka nasta'iin adalah Hak Allah, dan tiga ayat ke bwhnya adalah urusan hamba-NYA.
■ Ketika kita mengucapkan "AlhamdulillahiRobbil 'Aalamiin". اَللّهُ menjawab: "Hamba-KU telah memuji-KU."
■ Ketika kita mengucapkan "Ar-Rohmaanir-Rohiim", اَللّهُ menjawab: "Hamba-KU telah mengagungkan-KU."
■ Ketika kita mengucapkan "Maaliki yaumiddiin", اَللّهُ menjawab: "Hamba-KU memuja-KU."
■ Ketika kita mengucapkan "Iyyaaka na' budu wa iyyaaka nasta'iin", اَللّهُ SWT menjawab: "Inilah perjanjian antara AKU dan hamba-KU."
■ Ketika kita mengucapkan "Ihdinas siroothal mustaqiim, siraathalladziina an'amta 'alaihim ghairil maghdhuubi 'alaihim waladdhoolliin." اَللّهُ menjawab: "Inilah perjanjian antara AKU dan hamba-KU. Akan KU penuhi yang ia minta." (HR. Muslim dan At-Tirmidzi).
■ Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat. Rasakanlah jawapan indah drpd اَللّهُ kerana اَللّهُ SWT sedang menjawab ucapan kita.
■ Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.
■ Barangsiapa yang ucapan "Aamiin-nya" bersamaan dengan para Malaikat, maka اَللّهُ SWT akan memberikan keampunan kepadanya." (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud)
Jika artikel Ini bermanafaat sila sampaikan kpd sahabat2 kita walaupun satu ayat
Sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM; "Sesiapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca serta mengamalkannya maka dia akan memperolehi pahala walaupun dia sudah tiada."
(HR. Muslim)
Friday, January 16, 2015
Adakah meletupkan kelab malam atau tempat maksiat dalam sesebuah negara halal atau haram?
Aku telah berbincang dengan seorang pemuda yang mempunyai fikiran yang agak ekstrim , aku bertanya kepada dia: "Adakah meletupkan kelab malam atau tempat maksiat dalam sesebuah negara halal atau haram?"
Pemuda: "Sudah tentu halal dan di bolehkan membunuh mereka."
Syeikh Sya'rawi: "Kalau kamu bunuh mereka dan ketika itu mereka tengah melakukan maksiat kepada Allah, apakah yang akan terjadi kepada mereka atau kemana mereka akan pergi?"
Pemuda: "Sudah tentu masuk neraka."
Syeikh: "Kemana syaitan ingin membawa mereka?"
Pemuda: "Sudah tentu ke neraka, sebab itu adalah matlamat syaitan"
Syeikh: "Kalau begitu kamu dan syaitan bekerjasama dalam satu matlamat iaitu ingin memasukkan manusia dalam neraka."
Kemudian Sheikh pun mengingatkan pemuda itu satu hadis Rasulullah saw. ketika mana lalu jenazah yahudi dihadapan baginda, baginda bangun dan menangis, sahabat bertanya "Apa yang menyebabkan engkau menangis ya Rasulullah?" Baginda berkata: "Satu jiwa telah terlepas dari ku dan menuju ke neraka!"
Syeikh: "Nampak tak perbezaan antara kamu dan Rasulullah saw. yang inginkan hidayah buat semua manusia dan menyelamatkan mereka dari neraka, kamu di bahagian lain dan baginda di lembah yg lain!"
Semoga Allah merahmati Syeikh Sya'rawi.
# Muhasabah diri:
Jangan biarkan saudara kita lalai dan menuju neraka, tugas kita membawa mereka kembali ke jalan kebenaran secara berakhlak. Jangan sesekali meninggalkan mereka dan akhlak adalah pintu dakwah.