Sunday, May 31, 2009

apakah doa mustajab nabi kita saw yang masih disimpan tidak terusik


1. setiap nabi-nabi doanya mustajab dan biasanya doa itu telah digunakan demi kebaikan semasa di dunia dan akhirat. 

2. tapi nabi kita saw masih ada tersimpan satu bentuk doa yang akan digunakan apabila tiba masanya. doa dan permintaan ini amat besar sekali kegunaannya dan tidak akan sekali-kali di gunakan olehnya walau apa sekali pun yang terjadi dimasa hidupnya.

3. doa atau permintaan itu adalah SYAFAAT. ia digunakan semasa dihari akhirat kelak dimana Allah swt akan memperkenankan doa dan permintaan nabi saw kepada umatnya. oleh itu sentiasalah bersalawat dan melaksanakan ajaran beliau.

4. kisah syafaat ini berlaku semasa nabi saw bersedih mengenangkan nasib umatnya dan mahu semua umatnya masuk syurga. bila melihat keadaan tersebut maka jibrail bertanya nabi dan cerita seterusnya Allah swt menenangkan nabi saw supaya jangan bersedih sebab diakhirat nanti baginda akan dianugerahkan kelebihan dengan syafaat ini.

Saturday, May 30, 2009

Sombong

 1. Apakah sombong itu. Apakah dengan memakai pakaian dan perhiasan yang indah dan mahal dan segala yang mahal-mahal dikatakan sombong. Itu semua bukanlah menandakan ia sombong dalam erti kata yang sebenar.
2. Tapi sombong yang dimaksudkan  ialah  kita sebagai makhluk tidak patuh pada perintah Allah swt serta  menolak kebenaran dari agama Allah swt. Contohnya ialah seperti kisah Iblis dan Bani Israel yang menolak perintah Allah swt. 
Posted by Picasa

Thursday, May 28, 2009

50 Sen vs RM50

1. Dalam pada kita beramal seperti menderma serta bersedekah serta mengimfakkan harta benda dan wang ringgit kadang kala kita memandang pada besarnya jumlah atau nilai harta tersebut.
2. Tetapi disisi Allah swt perkara ini kadang kala tidak diambil kira kerana ada faktor lain seperti ikhlas, punca harta tersebut dan lainnya.
3. Oleh itu nilai RM50 tidak semestinya diterima dan nilai 50 sen tidak semestinya ditolak oleh Allah swt. Sebab dalam kita beramal yang penting sekali ialah penerimaan amal kita oleh Allah swt. Sebab sebagai contoh bagi orang bukan islam walau sebesar mana amalnya seperti gunung sekali pun tidak akan sekali-kali diterima kecuali setelah ia memeluk Islam.Bagi kita yang telah Islam pula akan diteliti lagi atas kerana apa kita berbelanja harta tersebut. Wallahualam.
Posted by Picasa

Wednesday, May 27, 2009

1 persamaan-iblis & israel

1. yang terbaik. iblis terbaik dikalangan malaikat tapi ia lupa mendoakan dirinya sendiri. Allah saw mengujinya dengan dengan nabi Adam as. tapi ia sombong maka ia dilaknat. bani israel yang terbaik dari umat manusia dengan turunnya ramai nabi dikalangan mereka. tapi ia membunuh nabi mereka. Allah menguji mereka dengan mengutuskan nabi akhir zaman bukan dari kalangan mereka. tapi ia sombong maka ia dilaknat.

2. tidak dihapuskan. iblis tidak dihapuskan dan terus bermusuh dengan anak adam as yang taat perintah Allah saw hingga hari kiamat. israel juga tidak dihapuskan seperti kaum terdahulu dan mereka ini terus merosakkan umat manusia terutama islam hingga kiamat.

3. itulah ujian mereka yang sombong. bagaimana kita?
Posted by Picasa

Tuesday, May 26, 2009

70 sextillion

The number of stars in the visible universe is estimated to be ten times more than the number of grains of sand on Earth and eleven times the number of cups of water in all the Earth's oceans-- or 70 sextillion, or 70,000,000,000,
000,000,000,000 [seven followed by twenty-two zeros].
Credit:NASA/STScI/ESA
Posted by Picasa

Monday, May 25, 2009

3 yang ditangguh kematiannya.


1. Iblis. diberi tangguh setelah dipohon. Misinya menyesatkan anak cucu Nabi Adam as hingga hari kiamat.
2. Nabi Isa as. Ditangguh kematiannya kerana misinya membunuh dajal diakhir zaman.
3. Dajal. Ditangguhkan kematiannya dengan misi menyesatkan manusia dengan dakyah yang mungkar nampak baik dan maarof nampak jahat.

Sunday, May 24, 2009

How Much Does Earth Weigh?


Earth is located in the outer edge of our galaxy, called the Milky Way, about 28,000 light years from the galactic center. It is part of a Solar System that includes eight other known planets, and the only known planet with the ability to sustain life as we know it. The Milky Way is one of billions of spiral galaxies in the universe. (Image: NASA, Galaxy M83, similar size and shape to the Milky Way)

Earth's Weight (Mass) 5.972 sextillion (1,000 trillion) metric tons. That's 5,972,000,000,000,000,000,000 tons! Actually, scientists prefer to refer to this measurement as the Earth's mass instead of weight since weight is the result of Earth's gravitational pull on another object. And the Earth cannot pull on itself! As the Earth orbits the Sun, it is weightless. If the Earth were placed on the Sun, it would weigh more than if it were placed on Jupiter, the largest planet in the solar system but much smaller than the sun. Yet, Earth (or any other object for that matter) would have the same mass regardless of where it is located

Check out more details about our planet Earth and our planetary neighbors in the Earth at a Glance feature on ecology.com.  

Saturday, May 23, 2009

4 golongan mudah dan payah baginya didunia dan akhirat


1. baginya urusan akhirat mudah seperti solat, puasa dan amalan lain. tapi urusan dunia payah baginya seperti berniaga selalu rugi dan pelbagai halangan lainnya. kalau ada orang seperti ini tandanya ia adalah warisan para nabi-nabi.

2. baginya urusan dunia dan akhirat adalah mudah. ini seperti para sahabat seperti abdul rahman auf dan usman affan. dan diakhirat pula menerima buku catitan sebelah kanan dan masuk syurga.

3. mudah urusan dunianya tapi payah urusan akhiratnya. mereka ini perlu bersungguh dibimbing dan ada ruang untuk berubah. golongan inilah yang ramai dalam masyarakat kita.

4. baginya urusan akhirat susah dan urusan dunia pun susah. bagi golongan ini betul-betul kena ada usaha untuk mengubah mereka terutama dari pelbagai pihak seperti NGO dan ajensi lainnya. kerana mereka seolah-olah terperangkap dan tidak tahu jalan keluar dan perlu pertolongan. golongan pun ramai juga.

Friday, May 22, 2009

Perjalanan manusia dan liku-liku hari akhirat. Insaflah

Perjalanan manusia dan liku-liku hari akhirat. Insaflah
1. Bumi/dunia.
2. Kubur/barzah.
3. Tuipan sangkakala . Kiamat.
4. Manusia dihidupkan semula.
5. Manusia dihimpunkan.
6. Syafaat.
7. Penyerahan kitab.
8. Hisab.
9. Timbangan Al Mizan (golongan kafir dimasukkan keneraka)
10. Telaga.
11. Ujian keimanan manusia (bagi golongan mukmin dan munafik)
12. Titian Sirat. Neraka dibawah titian sirat. Golongan munafik terus dimasukkan keneraka.
13. Al Qantorah( Tempat membalas hukuman). Bagi golongan mukmin.
14. Syurga.

Posted by Picasa

Sunday, May 10, 2009

3 perkara yang Nabi saw bersumpah dengannya

1. Tidak berkurang harta dengan sebab bersedekah.
2. Orang yang dizalimi dan ia sabar maka akan ditambah kemuliaan baginya.
3. Orang yang membuka pintu meminta-minta maka akan menjadi papa ia.

Saturday, May 2, 2009

apakah hukum bertaubat

1. hukum bertaubat adalah wajib iaitu untuk dosa-dosa besar.
2. dosa itu wajib bertaubat dan bertaubat terhadap dosa masa lalu, masa kini dan masa akan datang. kita menyesal atas dosa yang dilakukan masa dahulu. bertaubat untuk masa kini dan tidak akan mengulangi untuk masa depan akan perbuatan dosa tersebut.