Sunday, September 6, 2009

3 Cara Rawat Nafsu

1. Nafsu yang berada dalam diri manusia sentiasa tidak pernah kenyang. Nafsu juga dikata seperti ular yang mana ianya buas dan sukar dikawal dan suka membelit. Nafsu juga semenjak diciptakan oleh Allah swt akan kekal disisi NYA untuk selama-lamanya tidak akan binasa. Nafsu juga dikatakan yang sifatnya ingin memilikki sifat ketuhanan. Sebab itu ada manusia yang mengaku dirinya tuhan. Betapa sukarnya mengawal nafsu sehingga Omar Alkhatab pernah mengatakan bahawa beliau lebih senang mengawal 100 ekor singa dari mengawal buasnya nafsu. Nafsu juga sifatnya tidak malu. Bila nafsu sudah menguasai diri malu akan hilang.
2. Berapa ramai nabi-nabi yang digoda oleh nafsu. Contohnya Nabi Yusuf as dengan Zulaiha yang digoda dengan bersungguh-sungguh supaya melakukan zina tetapi baginda mengatakan ia terselamat dengan pertolongan Allah swt. Begitu juga Nabi Musa as ketika diajak kerumah Nabi Shuib oleh anak-anak perempuannya selepas menolong membuka pintu perigi memberi minum binatang ternakan. Pada mulanya anak-anak Nabi Shuib akan berjalan dihadapan tapi Nabi Musa terus mengatakan beliau yang berjalan dihadapan untuk kerumah mereka.
3. Itu sedikit contoh bagaimana nabi-nabi pun hampir tergoda dengan nafsu atau cuba mengawal nafsu supaya tidak menguasai diri, apalagi kita orang awam yang serba lemah.
4. Nafsu ini tidak dapat dihilangkan cuma boleh dikawal. Cara mengawalnya ialah.
5. Kurangkan makan.
6. Bebankan ia dengan ibadat.
7. Berlindung kepada Allah swt dengan banyak berdoa.

No comments: