Monday, August 4, 2008

mati ditikam

Lelaki mati ditikam bapa saudara
KUALA LUMPUR 2 Ogos - Seorang pemuda mati ditikam bapa saudaranya selepas berlaku satu pergaduhan di antara mereka di sebuah rumah di Matang Pagar, Sungai Buloh dekat sini awal pagi ini.Dalam kejadian kira-kira pukul 1.40 pagi itu, pergaduhan tercetus apabila mangsa yang dikatakan penagih dadah meminta wang daripada bapa saudaranya tetapi permintaan itu tidak diendahkan.
Mangsa, Fong Kam Fian, 27, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian dada dan rusuk kiri ekoran ditikam suspek tiga kali menggunakan pisau lipat.
Lebih memilukan, kejadian itu berlaku di depan mata kedua-dua ibu-bapa mangsa yang turut tinggal di rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek, berusia 40-an dan bekerja sebagai kontraktor dipercayai bertindak nekad selepas hilang pertimbangan.
''Pergaduhan itu berlaku selama beberapa minit sebelum berakhir dengan mangsa ditikam,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Abdul Rahim, suspek bagaimanapun tidak melarikan diri dan polis terus menahannya sebaik tiba di tempat kejadian.
''Walaupun suspek ditahan, polis masih menyiasat kejadian ini dari pelbagai sudut termasuk mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,'' jelasnya.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

No comments: