Friday, August 29, 2008

syaitan dan alasan-alasannya.

di dalam belajar menuntut ilmu terutama bidang agama pelbagai alasan yang selalu diberikan. jika masih budak-budak alasannya masih kecil lagi. jika menjadi remaja alasannya masih muda belia seronok dengan hiburan dan sebagainya. bila sudah berkahwin sibuk pula dengan anak isteri yang sedang membesar. jika sudah tua alasannya sudah tidak berapa larat lagi. ini semua alasan-alasan yang semuanya lojik dan boleh diterima pakai. kerana yang mengajarnya pun bukan calang-calang makhluk iaitu syaitan. sebagai contoh iblis bila di perintah Allah swt supaya sujud hormat pada Adam ia pun engkar. apa pula alasannya. alasannya ia mengatakan ia diciptakan dari api dan lebih mulia dari tanah. dan alasan ini pun betul dan lojik sekali. dan iblis mengatakan ia hanya sujud dan menyembah pada Allah swt semata-mata dan tidak pada yang lain. dan alasan ini pun memang betul dan lojik sekali. walaubagaimana pun disebab engkar kepada perintah Allah swt maka ia dilaknat. wallahuallam
Posted by Picasa

No comments: