Monday, September 29, 2008

abu nawas

ini kisah abu nawas masa bulan puasa sebelum tiba hari raya di baghdad. pada suatu hari lepas subuh di masjid tak semena-mena ia naik atas mimbar untuk mengatakan sesuatu kepada yang ada disitu. ia berkata ada sesiapa yang tahu apa yang akan aku bagi tahu. maka jawab mereka disitu tidak tahu. abu nawas pun cakap sebab kamu tak tahu apa aku nak cakap maka aku pun tak tahu apa nak cakap. maka selepas zhohor sekali lagi abu nawas naik kemimbar dan tanya adakah ada sesiapa tahu apa yang akan dicakapkannya. tetapi sebelum itu jemaah tadi sudah buat perancangan jika abu nawas tanya kita buat dua kumpulan satu kumpulan tahu dan satu kumpulan tidak tahu. maka bila abu nawas tanya maka seperti dirancang satu kumpulan tahu dan satu kumpulan tidak tahu. maka jawab abu nawas oleh itu kumpulan yang tahu bagitahulah pada kumpulan yang tidak tahu. wallahuallam Posted by Picasa

Thursday, September 25, 2008

kisah lailatul qadr

1. ini adalah kisah dari mulut kemulut sahaja dan tidak tercatit dimana-mana.
kisahnya tentang lailatul qadr dimana pernah tok kenali dikelantan pernah mendapatnya. permintaan beliau kepada Allah swt ialah supaya dirinya dan keturunannya dijadikan orang yang alim. dan ternyata ada kebenaran dan dimakbulkan tuhan.
2. dikisahkan juga perkara berlaku di pondok-pondok pengajian agama bilamana ada yang beriktikaf dimasjid dan anak murid tersebut ingin membuang air ketandas diluar, apabila keluar beliau melihat rumput ditanah menjadi besar sebesar tapak tangan. ini perkara ganjil. jadi sedarlah beliau ini adalah malam lailatul qadr dan terus mintalah apa yang dihajati insyaallah Allah swt perkenankan. pernah juga berlaku pokok kelapa kelihatan rukuk.
3. jadi untuk mengetahui malam laitul qadr ada tandanya. dan diberikan kepada yang dikehendaki Allah swt sahaja. bukan semua yang berjaga malam contohnya lepak-lepak dan bersembang kosong di kedai mamak pasti tidak dapat walau pun malam itu malam qadr.
begitulah bila aisyah ra bertanya kepada nabi saw kalau beliau berjumpa malam qadr apa yang perlu dimintanya. maka diajar nabi saw doa yang pendek sahaja kerana hendak menunjukkan tidak sempat pun untuk berdoa panjang kerana ia datang sekejap saja.
4. malam yang kemungkinan besar berlaku lailatul qadr ialah malam 27 iaitu malam esok. seelok bangun 2/3 malam antara jam 3 ke 31/2 pagi. jika memang dikehendaki kita dianugerahkan malam tersebut kita diberikan tanda yang pelik dari biasa seperti bila kita keluar rumah/masjid kita lihat pokok bunga jadi besar dan tinggi atau selipar menjadi besar dan lain-lain. itu tanda sahaja. jika kita sedar setelah melihat perkara pelik tersebut dan kita hendaklah minta dengan segera tanpa bertangguh kerana ia sekejap sahaja seperti ya Allah jadikan aku dan keturunanku orang yang alim. tidak perlulah dalam bahasa arab dikhuatiri tidak sempat.
5. kisah diatas cuma panduan sahaja. mungkin kalau tidak ditunjukkan kepada kita kepelikan pun kita kena yakin bahawa memang ada malam qadr dan masih tetap kena berdoa. ini adalah rezeki masing-masing. ada yang ditunjukkan dan dimakbulkan dan ada tidak ditunjukkan. dan diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNYA. jadi beruntunglah kepada sesiapa yang berjumpa dan mendapatkannya.. Walllahuallam
Posted by Picasa

Tuesday, September 23, 2008

5 musuh orang mukmin

1. dari orang islam sendiri yang dengki.
2. dari orang munafik. supaya islam tidak maju. sekat siapa yang ingin belajar agama.
3. orang kafir. terutama yahudi dan nasrani.
4. syaitan. tugas memperelok perbuatan maksiat.
5. nafsu. peranan membuat kita keliru dan menyuruh apa yang bercanggah dengan perintah Allah swt. bila hendak buat yang baik akan segera bertangguh.

Monday, September 22, 2008

4 tanda taqwa

dibulan ramadhan yang penuh berkah ini seperti allah swt berfirman setelah tamat bulan ini mudah-mudahan kamu menjadi orang bertaqwa. 4 tanda jika ia sudah menjelma.
1. takut dosa yang terdahulu. kerana bulan ini sudah hampir kepenghujung dan nabi saw bersabda celaka lah orang yang tidak diampuni dosanya pada bulan ramadhan ini. kalau kita masih tidak takut atas dosa-dosa tersebut maka belum dikira bertaqwa sepenuhnya.

2. sentiasa berwaspada terhadap dosa yang akan datang. kerana selepas ini apabila nafsu sudah membesar balik senang membuat dosa.

3. takut hakikat kematian. takut jika dihujung hidup kita mati dalam kekufuran. oleh itu sentiasa berdoa supaya mati dalam islam dan iman dan dapat akhir kalam menyebut nama Allah swt.

4. muhasabah diri tiap-tiap hari terhadap dosa dan pahala. adakah setakat ini adakah dengan amalan ini layak atau tidak kita masuk syurga. mesti sentiasa risau dengan menambah lagi amal soleh.
Posted by Picasa

Sunday, September 21, 2008

5 perkara

dari sayyidina omar ra:

1. tiada kawan yang paling baik dari MENJAGA LISAN. sebab perkataan diucapkan semua perkara boleh berlaku samada baik atau sebaliknya.

2. tiada pakaian sebaik WARAK. warak terhadap harta,rendah diri dan lainnya. kisah apabila sahabat pertikai jubah omar yang dibuat lebih kainnya dari yang lain. sebab semasa dapat harta rampasan perang masing-masing dibahagi sama banyak contohnya setiap orang dapat 4 meter, tapi sebab omar ra badan besar dan tinggi perlukan 5 meter. jadi sahabat tanya mana datangnya 1 meter mungkin dari dana mana. omar suruh anaknya terangkan. anaknya mengatakan yang lebih itu adalah dari beliau yang berikan kepada ayahnya.

3. tiada yang lebih baik dari harta selain PUAS HATI. puas hati terhadap apa yang ada tapi kepada ilmu tidak boleh puas hati.

4. tiada yang lebih baik dari kebaikan melainkan NASIHAT. kisah seorang raja yang putus jarinya maka perdana menteri nasihatkan sabar mungkin ada hikmat darinya. raja tidak puas hati dan pecat menteri itu. 2 ke 3 tahun kemudian raja pergi memburu dan ditangkap oleh satu kaum asli disitu. kebetulan hendak diadakan upacara mengorbankan untuk dipersembahkan kepada tuhan mereka. yang hendak dikorbankan mesti yang terbaik, pada masa itu hanya raja itu yang terbaik. maka dipersembahkan pada ketua sami tapi tidak memenuhi syarat kerana raja cacat jarinya. maka selamatlah raja tersebut. maka perdana menteri yang dipecat di dilantik semula.

5. tiada makanan yang paling lazat selain SABAR. menahan diri kerana allah swt adalah selazat-lazat makanan pada pandangan omar ra. sebab disandarkan kepada allah swt itu yang membuatkan ianya lazat.
Posted by Picasa

Saturday, September 20, 2008

taat

Dikisah pada zaman Nabi saw diceritakan seorang suami ingin berpermergian/musafir yang agak lama. Segala barang-barang keperluan telah tersedia dirumah dan sebelum pergi suami berpesan kepada isteri supaya jangan meninggalkan rumah. Setelah itu suami pun pergi. Tidak lama kemudian bapa isteri tadi sakit tenat dimana rumah bapanya adalah ditingkat bawah dan dia tinggal ditingkat atas. Isteri tersebut tidak pergi melawat bapanya. Lalu ia pesan kepada sahabat Nabi saw melalui tingkat supaya beritahu Nabi saw adakah ia boleh pergi mewat bapanya tanpa kebenaran suaminya. Maka diberitahu oleh Nabi saw supaya jangan pergi. Jadi ia tidak pergi. Tidak lama kemudian bapanya meninggal dunia dan sekali lagi dipesan kepada Nabi saw dan jawapannya sama dan sambil itu nabi bersabda bahawa bapanya adalah termasuk seorang ahli syurga kerana telah berjaya mendidik seorang anak yang solehah. Wallahuallam.
Posted by Picasa

Thursday, September 18, 2008

1 tahun

jika kita meninggalkan puasa ramadhan 1 hari maka kalau kita hendak menggantinya dengan berpuasa 1 tahun pun tidak akan dapat menyamainya. oleh itu nilai puasa 1 hari ramadhan sekurang-kurangnya menyamai 1 tahun puasa. kalau 30 hari makanya seolah-olah kita berpuasa 30 tahun. wallahuallam.
Posted by Picasa

Wednesday, September 17, 2008

puasa

jika kita meninggalkan puasa satu hari puasa ramadhan maka kita tidak akan mendapat keampunan bermula dari ramadhan tahun lepas keramadhan sekarang. sebab hanya yang berpuasa penuh diberi jaminan keampunan dari Allah swt. dosa yang diampunkan pula yang setahun itu adalah dosa kecil. biasanya orang beriman jarang berbuat dosa besar tapi kita pasti tidak terlepas dari dosa kecil.
Posted by Picasa

nuzul quran

Nuzul al-Quran

Oleh; Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia


Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Sunday, September 14, 2008

lailatul qadr

lailatul qadr berlaku sekali sahaja dalam setahun. dengan malam lailatul qadar Allah swt hendak memberi dan menaikkan darjat umat nabi Muhammad saw maka dilebihkan malam ini. dari malam-malam lain bersamaan dengan 1000 bulan iaitu 83 tahun 4 bulan. dalam setahun lebih kurang 360 hari. maka Allah swt kecilkan lagi iaitu bulan ramadhan. maka dikecilkan lagi 10 malam terakhir ramadhan. dan dikecilkan lagi kepada 5 malam iaitu malam-malam ganjil seperti 21,23,25,27 dan 29 ramadhan. maka Allah swt insyaalah kecilkan lagi menjadi 2 malam iaitu 27 dan 29 ramadhan. jadi akhirnya tinggal 2 malam sahaja. seolah-olah Allah swt hendak beri percuma sahaja malam tersebut tapi apa reaksi kita tentang pemberian ini? fikir-fikirkan lah. cara paling minima menyambut malam tersebut ialah dengan solat berjemaah isyak, berterawih dan solat berjemaah solat subuh. yang paling baik ialah beriktikaf di masjid di 10 malam terakhir iaitu selepas solat terawih pulang kerumah dahulu dan datang balik kemasjid jam 12 malam dengan:
1. bawa alas tidur dan tidur disyaf ke4 kebawah sebab 3 syaf pertama jangan diganggu. tidur pun ibadah sebab sudah niat iktikaf.
2. padamkan lampu didalam dan hanya pasang lampu luar.
3. maka sebelum tidur tentukan sebelum letak alas tiada binatang seperti semut tiada dan jika ada biarkan ia beredar dan jangan dibunuh (sebab nak beribadah). dinasihatkan masa tidur pakai seluar.
4. maka ambil kedudukan tidur seperti orang mati.
5. maka baca alfatihah, ayat kursi 3x, 4x surah qul dengan tadah tangan dan dihembus ketangan tersebut dan dengan tangan kanan sapukan kemuka dan sapukan kedua-dua tangan keseluruh badan. ulang buat ini sebanyak 3x. lepas itu baca zikir fatimah subhanallah 33x, alhamdulillah 33x dan allahuakbar 34x.
6. niat bangun tahajud 3.30 atau 4 pagi. insyaallah terbangun.
7. bila bangun bersihkan diri dan berwuduk.
8. dalam suasana suram solat sunat wudhuk 2 rakaat, solat tahajjud, solat sunat taubat 8 rakaat,solat hajat dan lain-lain solat sunat.
9. bila sudah penat solat maka boleh lah berzikir, doa dan CARI jalan supaya dapat keluarkan air mata dengan cara ceritakan keburukan kita waktu dulu-dulu dan lain-lain, kerana setitik air keinsafan mampu menghindarkan kita dari api neraka.
10. dan jika malam tersebut berlaku lailatul qadar maka diberi petunjuk kepada kita. jika berlaku malam lailatu qadar malam itu maka bersyukurlah kepada Allah swt. semasa solat sunat lakukan secara bersendirian sahaja.

Wednesday, September 10, 2008

3 dari 3000



masa zaman imam atthauri imana ia telah didatangi oleh seorang penggali kubur yang mengaku mencuri kain kapan setelah mayat dikebumikan. beliau mengaku bahawa dari 3000 mayat yang digali didalam kubur selepas dikebumikan hanya 3 sahaja yang masih mengadap kearah kiblat. yang lain semua berpaling kearah lain. itu dizaman imam atthauri dimana ramai orang-orang alim. jika dizaman kita wallahuallam. mungkin mengadap ke hollywood,bollywood dan lain-lain wood.

Monday, September 8, 2008

8 - AL MUHAIMIN - THE MOST CARING

Al Muhaimin, the Most Caring. the Protector. meaning Allah swt rules and protects everything.

For execellent memory, recite Ya Muhaimin 145 times after solat Isya',insyaalah will always have good memory. the person with poor memorisation capacity must always recite this 145 times so that this will improve the capacity of memorise. insyaallah.

Saturday, September 6, 2008

melihat, mendengar dan merasa

Bagaimana Kita Melihat, Mendengar dan Merasa?
Perbuatan melihat direalisasikan di dalam satu cara yang sangat progresif. Sekelompok cahaya (photon) yang bergerak daripada objek ke mata menembusi kanta di bahagian depan mata apabila ia pecah dan jatuh dalam keadaan terbalik di atas retina yang terletak di bahagian belakang mata. Di sini, cahaya yang berlanggar telah diubah menjadi isyarat elektrik yang dipancarkan oleh neuron ke satu titik kecil yang digelar pusat penglihatan yang berada di bahagian belakang otak. Isyarat elektrik ini di terima sebagai sebuah imej di pusat ini yang terletak di dalam otak selepas beberapa siri proses. Perbuatan melihat sebenarnya berlaku di dalam titik kecil ini di bahagian belakang otak yang gelap gelita dan sama sekali terasing daripada cahaya.
Sekarang, mari kita kaji semula proses ini. Apabila kita menyatakan saya melihat", kita sebenarnya melihat kesan utusan yang sampai ke mata kita dan merangsang otak kita setelah ia ditukarkan kepada isyarat elektrik. Oleh itu, apabila kita menyatakan "saya melihat", kita sebenarnya memandang kepada isyarat elektrik di dalam minda kita.
Semua imej yang kita lihat di dalam hidup kita terbentuk di dalam pusat penglihatan kita, yang terbentuk daripada beberapa sentimeter kubik daripada keluasan otak. Buku yang sedang kamu baca dan lanskap yang kamu lihat apabila kamu merenung ke arah horizon, termuat di dalam tempat kecil ini. Satu fakta yang perlu diletakkan di minda seperti yang disebut sebelum ini, iaitu otak terhindar daripada cahaya; di dalamnya sama sekali gelap. Otak tidak mempunyai sebarang hubungan langsung dengan cahaya. baca seterusnya silake http://www.harunyahya.com/malaysian/relativiti02.php

gastrik

pada yang menghadapi gastrik terutama dibulan puasa maka cara untuk berpuasa ialah dengan sebelah malamnya hendaklah berniat puasa ramadhan esok hari. selepas itu hendaklah berpuasa seberapa lama yang termampu. setelah tidak mampu barulah berbuka. kita tidak boleh terus tidak berpuasa seperti terus tidak bersahur dan pada sebelah pagi terus tidak berpuasa. insyaalah jika diizinkankan Allah swt makin hari makin lama kita dapat berpuasa atau mungkin boleh baik dari penyakit tersebut.

Wednesday, September 3, 2008

buah tamar

makan buah tamar ikut cara Nabi saw adalah dengan mengeluarkan biji dahulu dan diletak atas belakang tangan. selepas itu masuk kedalam mulut dan kunyah separuh lumat. setelah itu masukkan air samada zam zam atau biasa kedalam mulut dan sekali lagi kunyah bersama buah tamar tersebut. setelah itu telanlah. cara ini boleh mengenyangkan tidak seperti biasa kita makan dan terus telan. lagi pun niat mengikut cara nabi saw dapat pahala terutama di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Posted by Picasa

masjid kampung baru kuala lumpur

Posted by Picasa

Tuesday, September 2, 2008

universe


The Universe contains everything that exists, including you, the stars, the galaxies and even time itself. It is mostly empty space, with clumps of stars and gas separated by huge amounts of nothingness. In between the galaxies and clusters of galaxies, you would have to travel a very long way to find even a tiny bit of dust. The distances between these galaxies and clusters are getting bigger all the time because the Universe is getting bigger. Astronomers think that the Universe is about 15 billion years old.
Click on the links below to find out more about the Universe.
The Size of the Universe
We don’t know how big the Universe really is because we can’t see all the way to the edge of it. This is because light takes a long time to travel from very far off galaxies. The Universe is only 15,000,000,000 years old, which sounds like a long time but isn’t long enough for the light from some very far off galaxies to have reached us yet. Looking at the light from distant stars is like looking back in time. If you look up at a star, the light that you see left that star millions of years ago. You are seeing the star as it looked then, not as it looks now. You would have to wait another few million years for the light that is leaving the star today to travel all the way through space to Earth before you could see how the star looks now.