Thursday, October 9, 2008

dosa dan ibadah yang dianggap kecil.

Dari khalifah Omar Alkhatab r.a ia menyatakan bahawa jangan meremehkan dosa-dosa kecil kerana boleh jadi Allah swt murka. Begitu juga dengan ibadat yang kita anggap kecil tetapi membuatkan Allah swt suka. Seperti dengan mengerjakan solat sunat witir walaupun satu rekaat dan dalam keadaan duduk pula, tapi walaupun dianggap kecil tapi mendatangkan kesukaan Allah swt akan perbuatan tersebut. Begitu juga kisah pelacur yang memberi minum seekor anjing yang kehausan dari kasutnya dan akibat dari perbuatan itu ia dilepaskan dari siksaan neraka. Sebab apa-apa pun rahmat Allah swt mendahului kemurkaannya.
Posted by Picasa

No comments: